Bengkel Penerangan GAMIS

Krew Penerangan GAMIS dilatih pengurusan media dan informasi

Kami Bersama-sama Rohingya

Nurul Izzah Anwar menandatangani sepanduk simbolik kebersamaan rakyat Malaysia dalam Isu Rohingya

Satira Politik Semasa GAMIS

Menampilkan seniman-seniman tanah air membacakan puisi satira mengenai isu politik semasa Malaysia

Memimpin Perjuangan

Perjuangan mestilah dipimpin dengan nilai akhlak yang tinggi...

Himpunan Aman Selamatkan Rohingya

Mengumpulkan wakil-wakil parti politik tanah air dan NGO-NGO bagi memperjuangkan nasib umat Islam Rohingya

Bersatu Demi Malaysia

Cadangan logo alternatif dari GAMIS dengan konsep merdeka rakyat, merdeka pemimpin dan bertemakan Bersatu Demi Malaysia. Logo ini adalah respon terhadap logo yang tidak professional dan tema yang tidak patriotik yang dicadangkan kerajaan Malaysia.



Sunday 17 June 2012

Tahniah Dr Muhammad Mursi dan FJP


Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) mengucapkan tahniah kepada Freedom and Justice Party (FJP) atas kejayaan dalam pemilihan presiden Mesir. 

Dr Muhammad Mursi yang mewakili FJP memperolehi 13,237,000 undi atau nisbah 52% berbanding, Ahmed Syafiq yang memperolehi 12,338,973 dengan nisbah 48% daripada jumlah undi keseluruhan 25,575,973.

Gamis memberi perhatian yang serius sepanjang pilihanraya di Mesir kerana yakin dengan perubahan yang bakal berlaku kepada bumi yang kaya dengan peradaban itu. 

Justeru, Gamis berharap dengan kemenangan ini, Mesir menjadi contoh sebuah negara pasca-revolusi yang lebih baik dan mempunyai ciri-ciri ‘baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur’. Serta mampu menjadi ikutan buat negara-negara lain yang telah berlaku revolusi.

Sepanjang pemerhatian terhadap Dr Muhammad Mursi, Gamis optimis dan yakin dengan keupayaan Dr Muhammad Mursi dan FJP untuk menjadikan Mesir sebagai Good Governance dalam kerangka Islam. Secara tidak langsung memberi satu keyakinan buat rakyat mesir yang besama-sama dalam revolusi Mesir sebelum ini.


"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat" (Surah An-Nisa', 58)



Akram Ikrami Taib Azamudden
Presiden Gamis





Friday 8 June 2012

Minggu Apresiasi Wanita (MAWAR)

Program SIGMA sempena menghargai warga wanita



Pada 20 Mei  2012 yang lepas, SIGMA telah menganjurkan Minggu Apresiasi Wanita 

( MAWAR) dengan objektif bagi meraikan golongan wanita bagi semua lapisan sama ada dalam bidang profesional atau pun tidak, yang kurang bernasib baik dan juga yang sihat mahupun sakit. Program ini  secara tidak langsung termasuk dalam salah satu acara sambutan Hari Ibu yang jatuh pada tarikh 13 Mei. SIGMA atas kapasiti mahasiswi berusaha untuk menghampiri dan memperbanyakkan program bersama masyarakat terutama golongan wanita.

Sambutan Hari Ibu

Seawal pagi , di tasik Cempaka bangi diadakan senamrobik bersama warga bangi anjuran Majlis Perbandaran Kajang. Selepas itu, slot dikendalikan oleh pihak SIGMA dengan celoteh anak-anak. beberapa orang anak-anak dipilih untuk berkongsi dan menyatakan penghargaan kepada ibu mereka. gelagat anak-anak ini sangat mencuit hati.

Seterusnya, dimeriahkan lagi dengan game " anak mencari emak, emak mencari anak". pelbagai gelagat dapat dilihat terutama sekali apabila anak berusaha mencari ibu dengan mata yang diikat.
para ibu yang berpartisipasi dalam game " Ibu mencari Anak"

AJK sigma yg terlibat # special dedicate to muslimat UKM #
senamrobik bersama warga Bangi 

comelnya adik ni.. b'sungguh-sungguh mencari ibunya dalam gama " anak mencari ibu"

warga ibu tercari-cari anak mereka. meriah!

anak-anak comel yang terlibat


Ziarah Mahabbah Rumah Titian Kaseh (RTK) 


Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia [ PMI UTM ] dengan kerjasama Ma’ruf Club Universiti Islam Antarabangsa Malaysia [ MC UIAM ] - dibawah naungan SIGMA telah mengadakan ziarah  golongan ibu tunggal. Tugasan ini menemukan kami dengan warga Rumah Titian Kaseh [ RTK ] yang terletak di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Berkonsepkan rumah perlindungan sementara, kediaman ini dihuni oleh 85 orang yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya serta anak – anak yatim. Kepelbagaian latar belakang penghuni RTK ini memberikan gambaran realiti kehidupan sebenar masyarakat Malaysia hari ini. Keruntuhan institusi keluarga hasil dari penceraian, sumbang mahram, dan penderaan antara sebab utama mereka mencari perlindungan di RTK ini.

Keprihatinan sukarelawan melunaskan tanggungjawab sosial turut berkumpul di RTK ini bagi bersama – sama mendidik serta membangunkan keupayaan dan kemahiran warga rumah perlindungan ini. Kaum ibu tunggal diajar kemahiran seperti katering, menjahit, membuat tasbih dan sebagainya dan seterusnya diberi pendedahan untuk mempromosikan hasil produk mereka dalam usaha meneruskan kelangsungan hidup mereka. Hasil pendapatan mereka ini akan digunakan untuk membiayai kos – kos perbelanjaan warga RTK seperti yuran sekolah anak – anak yatim, keperluan OKU dan warga emas.

antara produk hasil tangan ibu tunggal

MAWAR dijayakan dengan kerjasama kampus lembah Klang

Walau bagaimanapun, terdapat perubahan kepada tentatif MAWAR, iaitu Lawatan Mesra Hospital dan Malam Simfoni terpaksa ditangguhkan kepada hari laian.Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Inya Allah laporan lawatan hospital dan Malam Simfoni akan menyusul selepas ini...

SIGMA - WiTh HoPe We MoVe- 
 

Thursday 7 June 2012

BANTAH BEKU PINJAMAN


Kenyataan Rasmi
Berhubung Pembekuan Pinjaman PTPTN ke atas Mahasiswa Unisel

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) membantah dan mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) yang melaksanakan pembekuan sementara pinjaman PTPTN ke atas pelajar Universiti Selangor (Unisel) khususnya kepada pelajar baru ambilan bulan April yang lepas. Tindakan tersebut jelas sekali menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan Malaysia dan bercanggah dengan moto “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Bantahan dan kecaman ini berasaskan kepada perkara-perkara berikut :
  1. PTPTN ditubuhkan adalah bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan bagi menyara yuran pengajian dan kos sara hidup. Sejumlah RM43 billion yang diluluskan oleh kerajaan dan dengan hanya RM27.5 billion yang dibayar kepada para peminjam, sepatutnya menjadikan PTPTN berkemampuan menjalankan fungsinya ke atas semua IPT yang berkaitan tanpa pengecualian ke atas IPT tertentu.
  2. KPT atau PTPTN tidak selayaknya menafikan hak para pemohon yang berkelayakan dan memohon dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan apatah lagi ke atas para mahasiswa di sebuah IPT berprestij seperti Unisel yang telah terbukti melahirkan ramai graduan berkualiti. Kegagalan menyediakan pinjaman pengajian tersebut akan merencatkan prestasi akademik para pelajar.
  3. Pembekuan pinjaman PTPTN dengan alasan untuk menguji kemampuan Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat untuk menyediakan pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman pendidikan tersebut adalah tindakan yang tidak professional bahkan amat jelek sekali kerana telah menjadikan mahasiswa sebagai mangsa.
Oleh hal yang demikian, GAMIS menuntut supaya :
  1. PTPTN segera mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu pembekuan pinjaman PTPTN ke atas mahasiswa Unisel dengan menyatakan sebab-sebab pembekuan tersebut dibuat.
  2. PTPTN dan KPT segera menamatkan polisi pembekuan tersebut serta membuka semula dan menerima permohonan yang dibuat oleh mahasiswa Unisel.
  3. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi) dan Dato’ Hj. Ismail Hj. Mohamed Said (Pengerusi PTPTN) sebagai pihak yang bertanggungjawab berhubung isu, memohon maaf kepada mahasiswa Unisel dan Kerajaan Negeri Selangor.
Sekian. Terima kasih.











Saya yang benar,
AHMAD MUSTAFA ABD. AZAIS
Bendahari GAMIS