Tuesday 26 February 2013

MDK GAMIS : ZIARAH MAHABBAH KELUARGA ALMARHUMAH SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR



CATATAN GAMIS - MDK ;
09 Rabiu’l Awal 1434 H
21 Januari 2013



ZIARAH MAHABBAH KELUARGA ALMARHUMAH SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR



Alhamdulillah, Gabungan Mahasiswa Islam Se – Malaysia ( GAMIS ) berkesempatan melawat keluarga Almarhumah Siti Hajar binti Ahmad Sahir di kediaman datuk almarhumah di Lubuk Cina, Melaka pada 21 Januari 2013, sehari selepas Almarhumah meninggal dunia.



Kunjungan kami disambut dengan suasana hiba terutamanya adik beradik Almarhumah yang masih kecil memandangkan Almarhumah merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik beradik. Seorang adik Almarhumah turut menyapa kami “ Kakak ni kawan Kak Hajar ke? “ dengan mata yang berkaca – kaca menahan airmata turut meruntun sebak kami.



Menurut ibu saudara Almarhumah, Puan Laili menceritakan bahawa pemergian Almarhumah sangat dirasai bukan sahaja ahli keluarga, rakan – rakan mahasiswa, bahkan seluruh penduduk kampung Lubuk Cina lantaran ketabahannya mengharungi detik – detik kritikal di akhir nyawanya.



Ziarah Mahabbah yang diwakili oleh empat orang perwakilan GAMIS menemani Saudari ‘Atikah Abdul Rahman merangkap Timbalan Majlis Dakwah dan Kebajikan ( MDK GAMIS ) selain turut bersama Saudara Mohd Faiz bin Ismail - Naib Presiden 1 Jaringan Kampus, Saudara Mohd Syafiq bin Abdul Majeed, Exco Kebajikan & Perkhidmatan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris ( UPSI ) sesi 2012/2013, serta Saudari Nur Adiela binti Kamarizzaman, Timbalan Pengerusi SIGMA GAMIS.



Selain berkunjung menyampaikan salam takziah dari seluruh keluarga besar mahasiswa Malaysia khusus kepada keluarga Almarhumah, kesempatan itu turut dimanfaatkan bagi menyampaikan serba sedikit sumbangan kewangan. 



Kisah Almarhumah juga turut dikongsi dengan rakyat Malaysia sebagai iktibar turut memberi keinsafan dan muhasabah kepada kami yang hadir. Saudari ’Atikah turut menambah :


“ Sungguh kami berempat tidak pernah bertemu apatah lagi mengenali Almarhumah, namun atas dasar tautan aqidah yang sama, Allah izinkan kami memenuhi hak saudara seaqidah yakni menziarahi kuburnya. Allah... “ 


Al - Fatihah...

Mudah - mudahan pengakhiran yang baik juga buat kita semua, Allahumma Amiin...

0 comments:

Post a Comment