Bengkel Penerangan GAMIS

Krew Penerangan GAMIS dilatih pengurusan media dan informasi

Kami Bersama-sama Rohingya

Nurul Izzah Anwar menandatangani sepanduk simbolik kebersamaan rakyat Malaysia dalam Isu Rohingya

Satira Politik Semasa GAMIS

Menampilkan seniman-seniman tanah air membacakan puisi satira mengenai isu politik semasa Malaysia

Memimpin Perjuangan

Perjuangan mestilah dipimpin dengan nilai akhlak yang tinggi...

Himpunan Aman Selamatkan Rohingya

Mengumpulkan wakil-wakil parti politik tanah air dan NGO-NGO bagi memperjuangkan nasib umat Islam Rohingya

Bersatu Demi Malaysia

Cadangan logo alternatif dari GAMIS dengan konsep merdeka rakyat, merdeka pemimpin dan bertemakan Bersatu Demi Malaysia. Logo ini adalah respon terhadap logo yang tidak professional dan tema yang tidak patriotik yang dicadangkan kerajaan Malaysia.



Wednesday 26 December 2012

Kekecewaan terhadap penerusan operasi AES oleh kerajaan persekutuan

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia GAMIS meluahkan kekecewaan terhadap Kerajaan Persekutuan kerana mahu meneruskan operasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) walaupun pendengaran saman terhadap AES telah dibekukan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC). 

Memetik laporan The Malaysian Insider yang bertajuk 'Putrajaya kekalkan kamera perangkap kelajuan AES walaupun saman dibekukan', Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, "Kerajaan tidak akan menghentikan saman AES ini, seperti yang sudah diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet lalu,”. Kong menambah bahawa ia selaras dengan dengan kelulusan perbelanjaan Bajet 2013 yang lalu.

Di sini, GAMIS ingin memberikan beberapa sudut pandang yang penting mengenai AES. Pelaksaan AES ini tiada salahnya jiwa niat asal kerajaan mahu mendisiplinkan rakyat Malaysia di jalan raya, tetapi jika melihat kepada aspek kelajuan semata-mata adalah tidak patut.

Berikut beberapa aspek keselamatan lain yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan:

1. Had lebih muatan oleh jentera berat seperti lori dan bas.
2. Jalanraya yang tidak diturap secara sempurna.
3. Lebihan kereta yang lebih umur 15 tahun dijalanraya.
4. Selaraskan semula had laju, adakah perlu pemanduan laju dihadkan kelajuaannya?

Oleh itu, GAMIS berharap kerajaan menilai semula pelaksanaan AES ini, walaupun niat asal yang baik, tetapi jika pelaksanaan yang mencurigakan dan mengelirukan, rakyat amat-amat tidak berpuas hati.

Saya yang benar,
Mohd Khairul Izzaz Ismail
Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS)




Saturday 22 December 2012

PTPTN: Lawan kena tangkap,tak lawan bayar hutang.

Rentetan daripada isu ‘Occupy Dataran’ pada April 2012 bagi menuntut pemberian PTPTN secara percuma, seorang daripada peserta ‘Occupy Dataran’ tersebut, saudara Omar Muhammad Azmi telah ditahan dan dikenakan hukuman penjara selama sebulan dan denda sebanyak RM1000 atas alasan mengganggu tugas pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang ingin menyuraikan keadaan.
Di pihak GAMIS, kami menolak sebarang provokasi yang dilakukan sama ada oleh orang awam atau pihak berkuasa dalam peristiwa ‘Occupy Dataran’. Namun, GAMIS melihat, perkara yang harus diberi tumpuan utama adalah berkenaan tujuan ‘Occupy Dataran’ itu dilakukan, bukan semata-mata melihat kepada isu penahanan saudara Omar.
Perkumpulan siswa di Dataran Merdeka pada April 2012 yang lalu mempamerkan suatu semangat untuk menuntut hak bagi menikmati pendidikan percuma. Walaupun slogan yang dilaungkan adalah tuntutan pemansuhan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), namun, isu yang harus diberi perhatian adalah berkenaan pendidikan percuma dan usaha untuk meningkatkan kualiti mahasiswa.
Melihat kepada rentetan isu, GAMIS melihat, mahasiswa ini merupakan mangsa kepada seluruh keadaan. Ketika mana mahu menyambung pelajaran, mahasiswa terpaksa meminjam untuk membayar yuran pengajian yang mahal. Dengan peningkatan kos sara hidup, pinjaman PTPTN tidak lagi mampu menampung perbelanjaan harian mereka. Pinjaman PTPTN yang hanya mampu digunakan untuk bayaran yuran pengajian dipersoalkan sedangkan untuk kos sara hidup, mereka terpaksa mencari alternatif kewangan yang lain. Keadaan ini menjadi lebih parah apabila mahasiswa harus membayar pinjaman PTPTN bersekali dengan cas tambahan yang membebankan mereka. Maka, perkara inilah yang meledakkan kemarahan mereka, lantas, bertindak secara agresif dengan mengadakan perkumpulan yang disebut sebagai ‘Occupy Dataran’.
Penahanan saudara Omar juga mempamerkan perlekehan terhadap penuntutan hak mahasiswa yang harus dipandang serius oleh pihak kerajaan.Penahanan ini membuktikan bahawa kerajaan tidak serius untuk melihat permasalahan yang berlaku dalam institusi pendidikan tinggi. Sekali lagi, mahasiswa menjadi mangsa kerana menuntut hak mereka yang telah dikorupsikan dek kerana sistem pengajian sedia ada mula diperdagangkan, bahkan tidak lagi berhasrat untuk melahirkan manusia yang mengerti soal adab dan disiplin dalam pencarian ilmu.
Pada akhirnya, GAMIS berpendirian, perkara sebenar yang harus dipandang oleh pihak kerajaan adalah berkenaan isu pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi. Permasalahan sebenar harus diperhalusi, dan setiap tindakan mahasiswa yang berlaku pada hari ini adalah sebagai suatu respons kepada kebejatan masalah yang berlaku dalam institusi. Oleh kerana itulah, GAMIS mendesak pihak kerajaan untuk menyelami isu ini secara lebih mendalam. Sekiranya isu ini tidak dapat diselesaikan, perkara ini menggambarkan betapa parahnya institusi pengajian tinggi yang dipengaruhi oleh campur tangan politik dalam pentadbiran. Satu persoalan, adakah harus dipersalahkan kepada manusia yang menjadi kesan pada sebuah struktur pentadbiran?

Saya yang benar,
Muhamad Azan Safar
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Monday 17 December 2012

TIADA LAGI MANDAT UNTUK UMNO

Pilihanraya adalah mekanisme penting dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Ia adalah proses pengurniaan mandat dan kuasa rakyat kepada seseorang individu dan sesebuah parti untuk mentadbir sesebuah negeri dan negara bagi menjamin kemerdekaan, memelihara keamanan, memacu kemajuan dan menegakkan keadilan untuk rakyat dan tanah air ini.

Proses ini mesti berlangsung dengan tiga (3) unsur; [1] partisipasi menyeluruh rakyat, [2] jaminan kebebasan asasi, dan [3] proses yang bersih dan adil. Idea pendaftaran automatik dan penurunan umur kelayakan sebagai pengundi adalah cadangan bijaksana bagi memastikan lebih ramai rakyat terlibat. Rakyat mesti dijamin kebebasan asasi mereka seperti kebebasan bersuara, berparti dan berhimpun, tanpa sekatan menggunakan pelbagai undang-undang dan peraturan. Reformasi pilihanraya perlu berlaku dengan membersihkan senarai pemilih, akses media yang saksama dan penolakan terhadap budaya politik kotor dan samseng.

Bersilih-ganti sesebuah parti kepada parti yang lain untuk mengetuai kerajaan adalah suatu yang normal bagi proses ini di negara-negara yang mengamalkan demokrasi secara telus. Doktrinisasi dan persepsi bahawa pertukaran ini adalah suatu yang negatif yang dilancarkan adalah kerana dua (2) perkara; [1] kebimbangan yang teramat sangat oleh sesebuah parti terhadap kemandirian partinya untuk terus kekal berkuasa, dan [2] menganggap bahawa rakyat terlalu dangkal untuk membuat pilihan bagi menentukan kerajaan.

Secara terus-terang dan seluruh rakyat sedang merasai hal ini, UMNO sedang resah-gelisah, lalu rakyat cuba diperbodoh-bodohkan. Bimbangnya UMNO kerana ia diketuai seorang Presiden merangkap Perdana Menteri yang belum mendapat mandat rakyat sehingga ke hari ini, dan sehingga ke hari juga UMNO belum yakin untuk mendapatkan mandat daripada rakyat melalui pilihanraya. Jika kalah, keadaan ini tidak mudah untuk UMNO pasrah sementelah lagi ia telah berkuasa selama lebih separuh abad. Sebelum ia terpaksa pasrah, UMNO pasti tidak tentu arah untuk tidak mahu menyerah.

Pasca PAU 2012 telah membuka mata rakyat terhadap budaya politik UMNO dan prestasinya sebagai teras kerajaan BN. Melalui PAU 2012, rakyat dapat melihat betapa UMNO sedang mengalami krisis keyakinan dan kesetiaan para anggotanya yang agak keterlaluan. Berkali-kali amaran supaya jangan sabotaj dan mesti sokong calon parti, jelas mendedahkan realiti itu, dan rakyat pula sudah maklum bahawa ia memang wujud dalam UMNO buat sekian lama. Diikuti pula dengan insiden provokasi dan pukul, yang sememangnya sebati dengan UMNO yang mempraktikkan budaya politik kotor dan samseng. UMNO juga tidak sunyi daripada terus terpalit dengan isu-isu rasuah dan kronisme.

Sebagai kerajaan pula, UMNO tidak berkeupayaan langsung menyelesaikan isu-isu evergreenseperti kebejatan sosial yang berpunca daripada hiburan melampau dan pergaulan bebas sehingga anak luar nikah yang direkodkan sehingga ke tahun 2010 berjumlah lebih 250,000 orang, sejumlah 76,200 graduan mengganggur tanpa peluang pekerjaan, sejumlah besar siswazah pendidikan tidak mendapat tempat, peningkatan kos sara hidup sehingga menyebabkan 300,000 hingga 400,000 buah keluarga dikategorikan dalam kumpulan miskin melampau, dan harta rakyat terus dirompak melalui rampasan royalti dan pelaksanaan undang-undang seperti AES. Beginilah cara UMNO dan BN melaksanakan agenda “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Dalam hal ini, pendirian GAMIS adalah jelas dan tegas bahawa kunci bagi memastikan Malaysia untuk terus aman, makmur, mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian, sejahtera dan berkebajikan ialah dengan memastikan UMNO tidak lagi diberi mandat untuk mentadbir Malaysia pasca pilihanraya umum ke-13 akan akan datang. MALAYSIA TANPA UMNO.

Saya yang benar,
EIKHWAN ALI

Thursday 13 December 2012

PRu 13: Mahasiswa Mahu Tukar Kerajaan

Kuala Lumpur,11 Disember 2012- Gamis telah mengadakan Flashmob "Mahasiswa Mahu Tukar Kerajaan" di Stesen STAR Hang Tuah  bersama 40 orang mahasiswa daripada seluruh Malaysia. Dengan menggunakan pacuan empat roda Mitsubishi  Triton, Presiden GAMIS, Saudara Muhamad Azan Safar, Timbalan Presiden GAMIS, Saudara Eikhwan Ali dan Majlis Politik Gamis, Ahmad Afif Zulkifli memberikan ucapan mengenai pendirian mahasiswa supaya Pilihanraya ke-13 akan datang, berlaku pertukaran  kerajaan yang akan memerintah Malaysia. Flashmob ini bermula pada jam 5 petang. 

Mahasiswa sudah muak dengan pelbagai kontroversi yang dizahirkan oleh Kerajaan Malaysia. Korupsi, kroni, menjadi intipati yang merobek kesejahteraan masyarakat.


Friday 7 December 2012

Pendirian GAMIS Terhadap Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)


















 Sejak Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diperkenalkan pada 23 September 2012,banyak rungutan dari pengguna jalan raya. Hal ini kerana,kadar kompaun yang dikenakan ialah minimum RM300.Jumlah ini,adalah sangat besar bagi seorang bergelar MAHASISWA.

Pelaksanaan AES pula mencakupi aspek kesalahan:
1) Tidak mematuhi lampu isyarat
2) Memandu melebihi had laju

Persoalan yang ingin ditimbulkan:
1) Apakah kemalangan hanya berlaku disebabkan pemanduan melebihi had laju?

2) Bagaimana pula dengan pemanduan pada lorong yang salah?

3) Bagaimana keadaan infrastruktur jalan dalam negara? Air bertakung di jalan? Jalan yang tidak diturap rata?

GAMIS menyokong 100% usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Cuma,kerajaan perlu lebih kreatif untuk mengenali masalah. Dengan meletakkan asas kelajuan sebagai punca kemalangan semata-mata, maka, kewujudan AES menjadi statik.

Malahan,cara ini dilihat lebih kepada ingin mendenda dari menyelesaikan masalah.

Jika inginkan pemandu menjaga disiplin dan etika ketika pemanduan,GAMIS mencadangkan agar Malaysia mencontohi Korea. Contohnya di Korea dalam tahun 1990an, sepanjang jalan raya utama ada polis memantau pemandu agar berdisiplin. Memandu beberapa kilometer kita akan jumpa polis.Hal ini lebih berkesan dan efektif memandangkan Malaysia mempunyai bilangan polis trafik yang sangat ramai di seluruh Malaysia.

GAMIS memohon pelaksanaan AES disemak semula.Kadar kompuan minimum RM 300 ADALAH SANGAT BESAR bagi mereka yang bergelar MAHASISWA.

GAMIS suara MAHASISWA!

Saya yang benar,
Muhammad Azan Safar
Presiden GAMIS

Tuesday 4 December 2012

Debat YB Khairy & GAMIS: Anak Muda Pilih Siapa PRU13?


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) terpanggil untuk memberi respons isu berkaitan kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini bahawa sokongan terhadap pro Aspirasi adalah referendum anak muda kepada sokongan terhadap Umno dan Barisan Nasional.


“Di sini Gamis berpendirian bahawa kenyataan itu sangatlah angkuh seolah-olah anak muda memang akan memberi undi kepada Umno dan Barisan Nasional pada PRU13 nanti,” kata Presiden Gamis, Muhammad Azan Safar dalam satu kenyataan.

Katanya, gambaran kepada kemenangan pro Aspirasi dalam Pilihan raya Kampus tidak langsung menggambarkan sokongan anak muda kepada Umno dan Barisan Nasional.

Ini, ujarnya kerana sokongan mahasiswa berdasarkan isu yang dibawa oleh calon dan kredibiliti calon itu sendiri.

Justeru itu, katanya Gamis mendesak Khairy Jamaluddin mengeluarkan data berkaitan mahasiswa yang menolak pendidikan percuma.

Selain itu, katanya Khairy Jamaluddin sedia berdebat dengan Gamis berkaitan isu ‘anak muda pilih siapa untuk PRU13 akan datang’.