Mencabar
sentiviti agama akan mengundang polemik. Isu menghina agama Islam khususnya Nabi
Muhammad SAW bukanlah perkara baharu. Isu ini telah lama berlaku. Ia muncul dan
diakhiri dengan bantahan.
Begitu
cantik arahan Allah yang melarang umat Islam menghina agama lain, hikmahnya
supaya orang bukan Islam tidak menghina agama Islam. Seperti firman Allah:
“ Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah
selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas
tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik
pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia
memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan” (Al-An'am: 108)
Perbuatan
menghina agama lain adalah tindakan biadap dan tidak bertamadun. Walaupun barat
gah dengan peradaban mereka, hakikatnya mereka tidak mahu akur dengan kemuliaan
Nabi Muhammad SAW. Sedangkan, seorang tokoh barat Michael H. Hart secara
telusnya meletakkan Nabi Muhammad SAW pada kedudukan pertama sebagai manusia
paling berpengaruh di dalam buku beliau The 100: A Ranking pf the Most
Influential Person in History.
Gabungan
Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) selaku gerakan mahasiswa islam di Malaysia memandang
isu ini dalam pelbagai sudut:
2- Isu
ini ditimbul sebagai provokasi dari barat supaya umat islam bertindak luar
kawalan, seterusnya akan mencemarkan nama baik Islam, seperti contoh membunuh
warga barat, membakar bangunan kedutaan dn sebagainya.
3- Isu
ini juga mampu menyatukan hubungan antara dua pihak yang bertentangan dari sudut
fahaman agama mahupun ideologi politik. Kerana mempertahankan agama lain dari
dihina adalah isu sejagat.
Perkembangan
yang sangat menarik di Malysia apabila dua parti terbesar iaitu Pas dan UMNO
mungkin akan bersama dalam satu demonstrasi bantahan terhadap filem kontroversi yang menghina nabi Muhammad iaitu Innocence of Muslims
pada 21 September 2012.
Pihak Gamis mencadangkan
penyelesaian:
1- Selain
bantahan, sewajarnya umat Islam memberi kesedaran dan penjelasan sebenar
peribadi nabi Muhammad dalam bentuk filem dengan pelbagai versi bahasa. Pihak
parti politik seharusnya menggunakan bakat lakonan artis-artis yang sudah
terlibat dengan parti mereka. Bagi Pas dan UMNO ia bukan perkara mustahil
kerana Pas mempunyai Hairie Othman, Abby Abadi, Adam Hamid dan lain-lain.
Manakala pihak UMNO pula Rozaidi Abdul Jamil (Zed Zaidi), Aflin Shauki Aksan dan lain-lain.
2- Golongan cerdik pandai dari kalangan ahli akademik, NGO, ahli politik
mahupun mahasiswa perlu menggerakkan dialog peradaban antara agama. Dialog ini
sangat penting bagi merungkai salah faham antara agama di samping itu, ia mampu
mengeratkan lagi hubungan antara agama.
Gamis
secara konsisten membantah segala bentuk penghinaan yang dilakukan terhadap
mana-mana agama. Dalam masa yang sama pihak Gamis menyeru kepada umat Islam
agar bertindak dengan penuh adab dan akhlak islam dalam menyatakan bantahan penghinaan
terhadap nabi Muhammad SAW.
GAMIS,
Inspirasi Anak Muda!
Akram
Ikrami Taib Azamudden
PresidenmGabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis)
0 comments:
Post a Comment