Bengkel Penerangan GAMIS

Krew Penerangan GAMIS dilatih pengurusan media dan informasi

Kami Bersama-sama Rohingya

Nurul Izzah Anwar menandatangani sepanduk simbolik kebersamaan rakyat Malaysia dalam Isu Rohingya

Satira Politik Semasa GAMIS

Menampilkan seniman-seniman tanah air membacakan puisi satira mengenai isu politik semasa Malaysia

Memimpin Perjuangan

Perjuangan mestilah dipimpin dengan nilai akhlak yang tinggi...

Himpunan Aman Selamatkan Rohingya

Mengumpulkan wakil-wakil parti politik tanah air dan NGO-NGO bagi memperjuangkan nasib umat Islam Rohingya

Bersatu Demi Malaysia

Cadangan logo alternatif dari GAMIS dengan konsep merdeka rakyat, merdeka pemimpin dan bertemakan Bersatu Demi Malaysia. Logo ini adalah respon terhadap logo yang tidak professional dan tema yang tidak patriotik yang dicadangkan kerajaan Malaysia.



Tuesday 30 October 2012

D-Force Gamis


Friday 26 October 2012

Rohingya Semakin Tenat


Terkini, sejak 21 Oktober lepas, di kala muslim seluruh dunia di ambang dan sedang meraikan Hari Raya Qurban, muslim Rohingya menjadi mangsa korban tentera Mnyanmar dan penganut radikal Buddha Rakhine. Wanita-wanita dirogol, puluhan terkorban, ribuan rumah hangus, masjid-masjid dibakar, dan ratusan yang lain kini memerlukan rawatan
segera. Tragedi ini menjadikan dalam tempoh sebulan ini sahaja, 650 warga Rohingya telah terkorban, 1200 hilang dan 80000 orang hidup dalam pelarian.

Pembunuhan terancang ke atas muslim Rohingya yang dilakukan di atas basis sentimen perkauman dan agama itu berterusan sehingga kini sementelah lagi Presiden Mnyanmar, Thein Sein mendapat restu dari Amerika Syarikat. Semenjak pulang dari lawatan ke negara itu, Thein Sein bukan sahaja telah membatalkan perjanjian diplomasi kemanusiaan
dengan OIC bahkan telah menganjurkan demonstrasi bagi membantah pendirian dan sikap OIC dan PBB berkenaan isu tersebut.

Lebih malang lagi, ketika kebanyakan negara-negara OIC dan ASEAN serta NGO di peringkat antarabangsa sedang mengumpul dana dan mengusahakan bantuan kemanusiaan untuk membantu warga Rohingya, Thein Sein pula sedang sibuk untuk mendapatkan bantuan ketenteraan dari Amerika Syarikat bagi melenyapkan warga Rohingya dari bumi Burma.

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) melihat isu ini sangat penting untuk diberi perhatian serius oleh semua pihak bagi segera mengatur tindakan yang lebih berkesan untuk menamatkan kekejaman yang sedang berlaku itu. Justeru, GAMIS ;

1. Menyeru kerajaan Malaysia untuk mengambil inisiatif memberi tekanan kepada Mnyanmar supaya menghentikan keganasan ke atas warga Rohingya di Arakan dan segera menghantar misi bantuan.

2. Mendesak Majlis Keselamatan PBB, serta negara-negara OIC, ASEAN dan EU untuk menghantar pasukan pengaman bagi melindungi mangsa keganasan.

3. Menggesa negara jiran Burma, khususnya Bangladesh untuk membuka dan mengiktiraf penempatan untuk pelarian Rohingya.

4. Meminta umat Islam seluruh dunia untuk bersatu-padu membantu warga Rohingya secara material dan spiritual.

GAMIS sangat berharap agar isu ini juga dapat ditamatkan segera dengan pengiktirafan kerakyatan warga Rohingya oleh pemerintah Myanmar. Dengan demikian, keamanan dan kemakmuran dapat dinikmati oleh seluruh
rakyat Myanmar.

GAMIS, Inspirasi Anak Muda!

Mohd Eikhwan bin M. Ali
Naib Presiden 1
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis)

Monday 22 October 2012

Hudud: Jangan Jadi "Syaitan Bisu"



Islam sekali lagi dihina dan diperlekehkan oleh Presiden MCA, Dato' Seri Chua Soi Lek berkenaan pelaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia.

Soi Lek yang secara berani mengutuk pelaksanaan Hudud di Malaysia dengan mengatakan 1.2juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya hudud dilaksanakan. Dalam kenyataan lain, Soi Lek juga mendakwa negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara yang paling korup, tidak stabil dan tidak selamat 

Persoalannya sekarang, dimana suara mereka yang berautoriti dalam institusi agama Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato seri Jamil Khir Baharom? Adakah penghinaan sekeji ini terhadap agama Islam masih lagi mengulik mimpi  pihak penguasa yang sepatutnya menjadi benteng barisan hadapan? 

Satu penegasan dan tindakan mesti dilakukan sebagaimana keseriusan yang dilakukan oleh JAKIM terhadap gejala kerosakan aqidah umat Islam. Hudud yang datangnya daripada Allah swt mengatasi ideologi serta logik akal pemikiran manusia. Justeru, penegasan tindakan yang sama mesti dilakukan JAKIM khususnya Dato Seri Jamil Khir  terhadap perbuatan merosakkan aqidah umat Islam serta pemahaman orang bukan Islam terhadap hudud tanpa sebarang pengaruh parti politik.

Amat sedih juga buat umat Islam, apabila para mufti turut menutup mulut terhadap penghinaan ini. Malaysia dengan komposisi mufti di setiap negeri dan antara mufti teramai di dunia, tidak mampu memanfaatkan tanggungjawab yang diamanahkan. Bukanlah bertujuan menghina para mufti yang bertaraf ulama serta disanjungi masyarakat, akan tetapi inilah isi hati betapa suara berpengaruh mufti itu perlu diterjemahkan kelapangan masyarakat yang teraba-raba mencari kebenaran.

Persoalan undang-undang jenayah Islam yang menjadi kewajipan terhadap umat Islam untuk dilaksanakan mestilah menjadi tanggungjawab pemerintah serta mereka yang diberikan autoriti besar dalam negara untuk berusaha ke arah itu. Disamping kita berusaha memahamkan masyarakat Islam terhadap Undang-undang Islam, jangan kita membutakan mata terhadap tentangan yang dilakukan oleh Musuh Allah swt yg berniat jahat terhadap Islam. 
 
Justeru, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyerus semua pihak, ahli politik, ahli akademik, NGO dan juga individu menjadi agen penerangan soal keindahan undang-undang Islam. Pihak kerajaan Barisan Nasional perlu menggunakan jentera media kerajaan untuk menjelaskan kepada masyarakat bahawa undang-undang Islam tidak zalim malah menjamin hak asasi manusia.

GAMIS, Inspirasi Anak Muda!

Akram Ikrami Taib Azamudden
Presiden 
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)

Thursday 11 October 2012

Roadshow GAMIS Ke Sarawak

Roadshow ke Borneo diteruskan lagi ke Sarawak selepas kunjungan ke Sabah dalam 2 bulan lepas. Cuma penjelajahan kali ini agak singkat iaitu selama 2 hari 1 malam. Penerbangan dari LCCT ke Kuching bermula pada awal pagi hari Jumaat, 14 September 2012. 

Mewakili pimpinan GAMIS Pusat ke sana ialah saudara Mohd Najmi Ahmad, Naib Presiden 2 GAMIS  dan saudara Akmal Razali, Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) GAMIS. Awalnya, pengerusi GAMIS Sarawak, saudara Ishack  turut menyatakan komitmen untuk turut hadir , akan tetapi beliau tidak dapat bersama kerana ada komitmen lain. 

Alhamdulillah, kami disambut oleh Saudara Arifin Osman, wakil dari GAMIS Sarawak dan aktiviti hari pertama lebih kepada brainstorming dan sharing moment’ bersama beliau dan dan serta sahabat-sahabatnya. Waqi’ kampus-kampus di Sarawak dibentang agak menyeluruh kepada kami, terutama berkaitan 3 unsur utama perjuangan GAMIS iaitu tarbiyah, dakwah dan politik. Dengan berlatarbelakangkan sebuah negeri yang mana Muslim bukan majoriti, peluang GAMIS untuk mengukuhkan cengkaman di Sarawak sememangnya tidak mudah. Malamnya, kami bersuai kenal dan beramah mesra bersama ahli GAMIS Sarawak yang baru tiba ke tempat bengkel, di Kota Samarahan.

Keesokannya, program pembentangan asas seputar GAMIS dan juga Bengkel Siasah bersama wakil pimpinan GAMIS Pusat. Alhamdulillah, lebih kurang 50 orang ahli GAMIS Sarawak menjadi peserta bengkel. Sungguh mengagumkan pengorbanan mereka apabila ada yang hadir sejauh 12 jam perjalanan semata-mata untuk bersama dalam bengkel.

Sesi awal dimulakan dengan pembentangan perlembagaan terkini GAMIS dan juga soal-jawab. Rata-rata, ramai yang baru mengenali GAMIS. Persoalan-persoalan tentang GAMIS Negeri Sarawak juga dibangkitkan. Seterusnya, saudara Akmal Razali membentangkan idea dan program berkaitan politik di kampus dan luar kampus. Tambahan lagi, beliau turut memberikan kata perangsang untuk ahli GAMIS Sarawak untuk terus aktif dan cakna terutama dalam politik kampus.

Petang itu tentatif dimulakan dengan ‘brainstorm’ secara terperinci oleh semua ahli GAMIS Sarawak tentang apa wajah dan identiti GAMIS Sarawak yang dimahukan. Masing-masing memberikan lontaran idea bagi penambah baikan GAMIS Sarawak serta cadangan program yang perlu dijalankan, dan penutup pada petang Sabtu itu ialah pembentangan hasil perbincangan untuk dijadikan resolusi bersama. Slot terakhir ialah kami kongsikan sedikit amanat dari Presiden GAMIS, Ustaz Akram Ikrami Taib Azzamuddin untuk semua peserta. Pada malamnya, kami terus berlepas pulang ke Semenanjung.
  
'Rome is not built in one day' Membina dan mengukuhkan GAMIS di Sarawak bukan kerja sehari dua apatah lagi kerja seolah melepaskan batuk di tangga. Kalau dikatakan ‘As-saabiqunal awwalun’ , kami menganggap mereka adalah ‘As-saabiqunal awwalun’ bagi GAMIS Sarawak ini. 

Bermula dari kosong, mereka bertatih sedaya upayanya. Tiada upaya melainkan hanya dengan ‘nasrun minallah’ dan ’jihad wa tadhiyyah’ yang akan terus menjadi faktor asas untuk memastikan syiar Islam dapat ditegakkan di sana. Insya-Allah, pelapis yang bakal meneraju GAMIS Sarawak akan memacu entiti ini lebih maju ke depan.

Tuesday 2 October 2012

Analisis Bajet 2013 dari Perspektif Mahasiswa


Pembentangan Bajet 2013 dalam fatrah kehangatan persoalan tarikh pilihanraya umum menjadi fokus utama masyarakat bagi melihat janji-janji serta habuan yang bakal diberikan oleh pemerintah bagi mengekalkan kuasa pemerintahan. Tidak hairanlah bila Bajet 2013 ini juga dikenali sebagai 'Bajet Pilihanraya'.  Secara umumnya bajet kali ini memperuntukan sebanyak RM251.6 Billion ringgit dan daripada jumlah tersebut perbelanjaan mengurus sebanyak RM201.9 dan RM49.7 Billion untuk pembangunan. Berlaku lebihan belanja hakikatnya pada tahun 2012 sebanyak RM19.6 Billion ini menunjukkan kerajaan masih lagi mengekalkan rentak kelemahan dari segi urus takbir kewangan Negara.

Analisis umum antaranya adalah berlaku defisit fiskal tahunan dalam belanjawan 2013 sebanyak  4.5% dan penumpuan utama lebih diberikan kepada rangsangan untuk menyuntik ekonomi negara dengan meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat dalam jangka pendek. Secara teorinya pelaksanaan berdasarkan model Keynes dimana penggunaan sistem fiskal mengembang dengan peningkatan peruntukan pada perbelanjaan mengurus. Kebanyakan penganalisis lebih mengenali bajet ini sebagai bajet populis dan pemberian kepada pengundi menjelang Pilihanraya Umum Malaysia ke-13.

Pada belanjawan kali ini kerajaan mensasarkan untuk mengurangkan defisit sebanyak 4%.  Secara kontranya, melihat kepada keseluruhan belanjawan tidak menampakan kesungguhan pada langkah pengurangan defisit dan  hanya beberapa perkara sahaja yang berfokuskan kepada pengurangan seperti kerajaan bersetuju mengurangkan subsidi gula sebanyak RM 0.20, namun langkah ini turut menimbulkan kebimbangan pada penganalisis ekonomi bilamana dijangka akan berlaku inflasi dalam masa suku tahun pertama 2013.

Bajet 2013 Daripada Kacamata Ibu-bapa dan Mahasiswa

Belanjawan kali ini didapati sangat manis penuh dengan 'gula-gula' dan sangat sukar sekali untuk ditolak oleh mana-mana pihak terutamanya bagi golongan khusus yang diberikan pelbagai jenis habuan berbentuk one-off. Insentif yang ditawarkan antaranya ialah dasar pelepasan cukai individu bagi ibu bapa mempunyai anak yang menuntut di universiti telah dinaikkan kepada RM6,000 setahun. Pelepasan cukai sehingga RM6,000 ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan disposable income atau pendapatan boleh guna yang akhirnya mampu meringankan perbelanjaan ibu-bapa atau isi rumah yang menanggung pegajian anak-anak mereka.


Selain itu, bantuan RM 100 telah diperuntukkan bagi kegunaan para pelajar dan baucer buku untuk penuntut universiti telah dinaikkan kepada RM250. Penerusan pemberian baucer buku RM250 dilihat amat wajar bagi Mahasiswa. Bantuan RM100 kepada pelajar sekolah dan RM250 sebagai baucer buku kepada mahasiswa universiti secara langsung akan memberi manfaat kepada 1.2 juta pelajar prauniversiti dan universiti. 


Antara yang menarik di dalam Bajet 2013 adalah pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia kali kedua atau BR1M 2.0 yang akan dilaksanakan awal tahun depan. Individu bujang berumur 21 keatas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan layak menerima bantuan sebanyak RM250 seorang. Peruntukan ini dilihat mampu mengurangkan beban individu atau golongan belia, dan meningkatkan disposable income atau pendapatan boleh guna dalam jangka masa pendek dan ekonomi negara mampu dirangsang dalam jangka masa pendek namun dalam jangka panjang akan berlakunya.


Namun kebimbangan utama dalam pemberian “one-off” sebagai wang tambahan adalah menyumbang kepada situasi “too much money chasing too few goods”, yang memberi kesan kepada “demand-pull inflation” dalam Q1 2013 dan membawa kepada inflasi.

Diskaun Pembiayaan PTPTN


Apa yang dilihat agak menarik kepada golongan mahasiswa adalah pemberian diskaun pembayaran PTPTN berkuatkuasa mulai tahun 2013. Menerusi pembentangan Bajet 2013, Perdana Menteri mengumumkan insentif diskaun akan diberikan kepada mahasiswa yang telah bergraduasi dan membayar balik pinjaman PTPTN dengan diskaun 20% diberikan kepada peminjam yang menjelaskan pinjaman pendidikan mereka sekaligus dalam tempoh setahun bermula 1 Oktober ini sehingga 30 September tahun depan. 


Bagi peminjam yang membayar secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Oktober ini pula diskaun 10% setahun akan diberikan. Ini secara langsung akan menggalakkan bekas Mahasiswa membayar balik pinjaman pendidikan tinggi mereka dan kerajaan dijangka mampu menggalakkan sikap menabung untuk pendidikan, Perdana Menteri berkata pelepasan cukai sebanyak RM3,000 bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sedia ada juga akan dinaikkan kepada RM6,000. Sehingga Februari lepas, PTPTN telah meluluskan pinjaman kepada 1.95 juta pelajar untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara, membabitkan peruntukan lebih RM44 bilion. Daripada jumlah itu, kira-kira 70 peratus daripada peminjam tabung itu telah melunaskan pinjaman masing-masing berikutan pendekatan PTPTN yang memperkenal kaedah bertolak ansur dan memujuk untuk membayar hutang. 

Secara perbandingan, Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli menyifatkan pemberian diskaun kepada peminjam dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai bukan suatu jalan penyelesaian yang konkrit. Beliau juga menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat semalam seolah terbawa-bawa ke arah persiapan untuk menghadapi Pilihanraya Umum akan datang. 

Ketika membentangkan Bajet 2013, Najib mengumumkan pemberian diskaun 20 peratus kepada peminjam PTPTN yang melangsaikan pinjaman sekali gus serta diskaun 10 peratus bagi mereka yang membuat bayaran balik pinjaman secara konsisten. Dalam ucapannya Najib berkata diskaun berkenaan sah untuk tempoh bermula 1 Oktober 2012 sehingga 30 September 2013. Menurut Rafizi, pemberian diskaun itu hanya memberi manfaat kepada segelintir individu sahaja dan bukannya kepada keseluruhan para peminjam.

“Pengumuman Bajet 2013 tentang PTPTN ini tidak beri kelebihan kerana hanya sebilangan kecil peminjam yang dapat manfaat sedangkan masalah utama ialah gaji siswazah yang rendah dan jika ditolak pelbagai tanggungan lain maka mereka masih tidak mampu membayarnya. Ujar Rafizi, “diskaun 20 peratus diberi kepada mereka yang membayar pinjaman sekali gus. Ini bermakna hanya mereka yang ada duit sahaja yang mampu bayar. “Untuk mendapatkan diskaun 20 peratus itu, mereka yang tidak mampu membayar sekaligus terpaksa membuat pinjaman di tempat lain. “Manakala peminjam yang berpendapatan rendah dan menghadapi masalah kewangan serta gagal membuat bayaran secara konsisten tidak layak mendapat diskaun 10 peratus pula,” jelas beliau. “Akhirnya pengumuman ini seperti skim rumah 1Malaysia. Adakan skim sedangkan tidak sampai 100 anak muda yang mampu untuk membeli rumah walaupun mereka ada wang pendahuluan. “Gaji mereka masih terlalu rendah untuk bayar ansuran bulanan rumah. Skim tak berkesan dan hanya beri manfaat pada sebilangan kecil sahaja,” katanya ketika dihubungi FMT.



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula pada Mac lalu mencadangkan untuk melepaskan pinjaman PTPTN bernilai RM43.6 bilion dalam masa tiga tahun. Katanya, negara mampu berbuat demikian melalui peruntukan beberapa bilion daripada RM150 bilion pendapatan negara setiap tahun. Dana itu, katanya, akan diperoleh daripada pemotongan perbelanjaan yang membazir seperti pembayaran untuk meningkatkan imej negara di mata dunia dan daripada syarikat kerajaan yang membuat keuntungan tinggi seperti Petronas


Rebat Telefon Pintar Tiada Asas Ekonomi

Sementara itu, rebat sebanyak RM200 bagi penggunaan telefon pintar 3G dilihat langsung tiada memiliki asas ekonomi, kerana hakikatnya pelaksanaan sistem ini hanya menguntungkan syarikat-syarikat pengeluaran barangan telekomunikasi kerana peningkatan pembelian produk telekomunikasi daripada anak muda khusunya. Sedangkan umum mengetahui harga telefon pintar RM1,000 dan ke atas. Realitinya, anak muda terpaksa menambah wang atau berbelanja lebih untuk membeli telefon berkenaan.


Sesetengah pihak mendakwa bajet kali ini ialah bajet untuk pilihanraya yang mana kerajaan akan menggunakan belanjawan ini untuk menarik undi rakyat kepada mereka. Hal ini berdasarkan kepada banyaknya pemberian kerajaan secara ‘one off’ kepada rakyat seperti pemberian bantuan kepada individu bujang yang berumur 21 tahun keatas adalah sebanyak rm250. Persoalannya ialah kenapa umur 21 tahun? Hal ini tidak lain adalah kerana umur 21 tahun ini adalah umur yang layak untuk menggundi.


Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bonus separuh bulan kepada kakitangan kerajaan mengikut kepada kadar gaji mereka. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu bergaji RM10 000, maka mereka akan mendapat bonus sebanyak RM5000 dan pekerja yang bergaji RM3000 akan mendapat bonus sebanyak RM1500. Keadaan ini tidak dapat menaikkan taraf hidup rakyat secara keseluruhannya, hal ini akan melebarkan lagi jurang pendapatan antara orang kaya dan miskin. Sekiranya kerajaan dapat menyelaraskan pemberian bonus misalnya RM1500 kepada semua kakitangan kerajaan ia akan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah ini.  Hal ini kerana orang kaya dan miskin tetap membayar kadar cukai yang sama rata.


Sekiranya melihat kepada pendapatan kerajaan sebenarnya cukup untuk menampung segala perbelanjaan dalam negara . Petronas merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan negara iaitu sebanyak 21 peratus daripada pendapatan negara dengan nilainya sebanyak RM22 bilion. Pendapatan ini tidak termasuk lagi daripada sektor lain seperti pelancongan, perikanan, perlombongan dan lain-lain. Walaubagaimanapun, pada hemat saya, kebocoran yang berlaku dalam kerajaan sangat serius. Menurut ‘Global Financial Integrity’ pada januari 2011 telah mendedahkan RM 1.08 trilion (USD 350 bilion) telah diseludup ke luar negara dari Malaysia dalam tempoh 2000 sehingga 2009. Sekiranya dana ini tidak dilarikan ke ‘secretive jurisdiction’ Malaysia tidak perlu berhutang untuk membiayai pembangunan ekonomi.



Namun, tiada penafian dalam pemberian subsidi padi kepada para petani itu adalah pelaburan yang sangat baik kepada ekonomi negara di samping meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Belanjawan yang dibuat setiap tahun ini ada kesan baik dan buruknya, apa yang membimbangkan ialah pelaksanaannya sehingga kadang-kadang terpaksa menambah belanjawan baru untuk menampung perbelanjaan yang lain.


Penyelesaian utama yang perlu dikedepankan dalam merangka belanjwan ini berdasarkan perspesi ekonomi Islam ialah keperluan untuk merancang kewangan terlebih dahulu dengan melihat kepada hasil agar tidak berlaku hutang yang tidak berkesudahan. Berdasarkan Firman Allah swt dalam surah al-talaq ; ayat 7


لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا مَا آتَاهَا سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا } [الطلاق:7]


Seterusnya pelaksanaan prinsip adil dan ihsan berdasarkan Firman Allah ;

إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ


“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat ihsan, serta memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran”
(An-Nahl: 90)


Agihan peruntukan belanjawan haruslah kepada semua golongan dan keutamaan diberikan kepada golongan yang memerlukan khusunya golongan bawahan dengan tidak melepaskan hak golongan pertengahan melalui sistem zakat (cukai islam) serta perbelanjaan mengikut prinsip keutamaan (dharuriyyat, haajiyyat, dan tahsiniyyat).

Kesimpulannya, Bajet 2013 kena mengambil kira keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan yang berlebihan dan keseimbangan dalam perlaksanaan dasar monetary dan fiscal bagi mengelakkan bebanan hutang yang berpanjangan. Selain kemampuan kerajaan dalam mengurus tadbir kewangan dengan lebih sistematik berdasarkan prinsip Islam yang lengkap

Disediakan oleh:
Jabatan Ekonomi, 
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis)