Bengkel Penerangan GAMIS

Krew Penerangan GAMIS dilatih pengurusan media dan informasi

Kami Bersama-sama Rohingya

Nurul Izzah Anwar menandatangani sepanduk simbolik kebersamaan rakyat Malaysia dalam Isu Rohingya

Satira Politik Semasa GAMIS

Menampilkan seniman-seniman tanah air membacakan puisi satira mengenai isu politik semasa Malaysia

Memimpin Perjuangan

Perjuangan mestilah dipimpin dengan nilai akhlak yang tinggi...

Himpunan Aman Selamatkan Rohingya

Mengumpulkan wakil-wakil parti politik tanah air dan NGO-NGO bagi memperjuangkan nasib umat Islam Rohingya

Bersatu Demi Malaysia

Cadangan logo alternatif dari GAMIS dengan konsep merdeka rakyat, merdeka pemimpin dan bertemakan Bersatu Demi Malaysia. Logo ini adalah respon terhadap logo yang tidak professional dan tema yang tidak patriotik yang dicadangkan kerajaan Malaysia.



Monday 28 May 2012

Bangunkan Belia, Itu Bukan Caranya

Usaha pembentukan belia perlu dipandang serius oleh semua pihak.  Semua maklum bahawa belia merupakan aset negara yang mesti digilap, bukan dibiarkan sahaja tanpa mendapat bimbingan yang betul.
Penganjuran Himpunan Jutaan Belia pada 23-27 Mei 2012 di Putrajaya mungkin merupakan sebuah projek mega kerajaan untuk menggilap potensi golongan belia.  Mungkin ada segelintir masyarakat yang teruja terhadap himpunan tersebut, tapi yang pastinya ramai yang terkesima dan kecewa.

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) melahirkan kekecewaan kerana ruang yang baik sudah tersedia, tetapi kenapa perlu dicemari dengan budaya-budaya yang tidak elok.  Program hiburan yang melampau, bukan sekadar menghilangkan nilai-nilai ketimuran, malah yang lebih teruk ialah mencalarkan imej Islam yang sudah lama terpahat pada Malaysia.

WASATIYYAH KOSMETIK

Konsep wasatiyyah yang seringkali dilaungkan oleh kerajaan, hakikatnya telah terpesong dari matlamat.  Wasatiyyah bukannya bermaksud mengambil separuh yang baik lalu dicampur dengan separuh yang buruk, maka jadilah wasatiyyah. 

Kesilapan dalam memahami konsep ini secara betul akan mencemarkan lagi pandangan masyarakat terhadap Islam, apatah lagi menggunakan nama Islam untuk mencantikkan perkara yang buruk.

Kita amat risau sekiranya wasatiyyah (atau yang lebih sesuai digunakan dalam konteks ini ialah Moderate) yang dicanangkan oleh kerajaan sebenarnya adalah boneka kepada Amerika.

Hal ini seperti yang dilaporkan oleh Yayasan RAND iaitu sebuah pusat pemikiran terbesar di dunia yang berpusat di wilayah California, Amerika.  Ia menjadikan agenda kesederhanaan (moderate) sebagai medium untuk menghalang gerakan Islam lain dari bangkit.  Malah, kesederhanaan dan ciri-cirinya perlulah mengikut kefahaman Amerika Barat, bukannya kefahaman Islam yang syumul.

Perlu ditegaskan, Islam adalah agama yang praktikal tidak cukup sekadar teori.  Islam juga bukannya agama rasmi sahaja yang berlegar dalam majlis-majlis keramaian, solat dan seumpamanya tetapi agama yang "hidup" dalam kehidupan kita.  Seperti yang disifatkan oleh Hujjatul Islam Imam Ghazali terhadap golongan al-Mutarasimun: iaitu golongan yang mengamalkan agama yang bersifat rasmi tanpa penghayatan mendalam.

BANGUNKAN DENGAN ROHANI

Projek pembangunan belia mesti dipandang serius sama ada dari sudut pengisian mahupun teknikal.  Gagasan tersebut juga sewajarnya melalui perbincangan dengan golongan cendekiawan.

Justeru, GAMIS melihat aspek utama yang perlu dititikberatkan ialah rohani dan keilmuan.  Beliau wajar digilap dari sudut keilmuan dan kerohanian supaya perkembangan belia menjadi seimbang di samping aspek-aspek sampingan disemai ke dalam jiwa belia.
Selain itu, ruang yang wujud dalam projek membangunkan belia iailah melalui kebajikan boleh diperkasakan untuk belia.  Contoh pendidikan percuma, prasarana yang lengkap bagi sukan dan kebudayaan di kawasan pedalaman, kurangkan tahap pengangguran dengan mewujudkan institusi-institusi belia yang efektif bagi membantu ekonomi belia dan sebagainya.

Tuntasnya, dalam keghairahan kita membangunkan "peradaban" sehingga kita terlupa perkara asas yang menjadi tonggak kepada peradaban tersebut.  Seperti pesanan seorang reformis Islam, Malek Bennabi, "Membangunkan peradaban tanpa kerohanian adalah GAGAL."

*Kenyataan media oleh Akram Ikrami Taib Azamudden (gambar kanan) selaku Presiden GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia).





Sumber:
http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=13108

Sunday 27 May 2012

SMMS: Terkilan Dengan Penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012


Pemuda merupakan aset terbesar sesebuah negaraMasa depan negara perlu dinilai kepada keadaan pemuda hari iniJika baik pemuda hari inimakabaiklah masa depan negaraNamun andainya rosak pemuda hari inimaka gelaplah masa depan negara kelak.
 
Pemuda perlu dibangunkan dengan sebaiknya berlandaskan kepada kehendak syarakIni amat penting bagi memastikan golongan pemuda memilikidaya tahan yang tinggi untuk memastikan mereka mampu berhadapan dengan pelbagai ancaman yang datang sama ada dari sudut mental, fikizikal danspiritual. Kekuatan dalaman ataupun pegangan agama yang kukuh merupakan asas paling utama yang perlu dititik beratkan kerana ia merupakantunjang utama yang dapat membentengi mereka daripada gejala yang tidak sihat.
 
Oleh yang demikian acuan pendidikan terhadap golongan muda mudi perlu diteliti dengan sebaiknya agar dapat mencorak dan membentuk jati dirianak muda yang kental serta mampu bertahan daripada asakan -asakan yang boleh merosakkan merekaRealiti yang berlaku kepada golongan mudahari ini amat membimbangkan dan merisaukan pelbagai pihakAnak muda dewasa ini terlalu banyak didedahkan dengan hiburan yang melampausehinggakan berlaku kelompongan dari sudut pengisian rohani dan spiritual. Tidak salah untuk berhiburnamun perlu diingatkan hiburan yangdihidangkan itu mestilah tidak keterlaluan dan dipagari oleh batasan syarak.
 
Himpunan Jutaan Belia 2012 itu telah disajikan dengan pelbagai segmen dan aktiviti. Antaranya segmen Modal Insan, Gerbang Kerjaya, Young Entrepreneur, Perkhemahan dan Jambori. Terdapat juga aktiviti seperti Himpunan Pendakwah Muda, Himpunan Guru Muda dan Pesta Buku Ilmiah.Tidak dinafikan aktiviti-aktiviti ini mampu membina kekuatan mental, fizikal dan spiritual merekaNamun, apa yang membimbangkan adalah "pencemaran minda" dengan sajian hiburan melampau dan keterlaluan yang mana 500 artis telah diundang dari seantero dunia untuk disajikankepada generasi bakal pemimpin negara. Fenomena seperti ini akan mencelarukan lagi pemikiran dan pemahaman anak muda yang bakal menjadi pewaris tampuk kepimpinan negara kelak. Bak kata pepatah melayu, ‘Madu yang dicampur racun, hilanglah khasiat madu tersebut’.
 
Penganjuran konsert hiburan yang melampau itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi wujudnya suasana pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ditambah lagi dengan  pakaian yang dipamerkan oleh artis yang amat mengghairahkan sekaligus boleh merosakkan nilai jati diri golongan anak muda.
 
Firman Allah SWT dalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31 yang bermaksud :
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”
 
Justeru, Solidariti Mahasiswa Malaysia Sedunia (SMMS) yang dianggotai oleh PMRAM-Mesir, GAMIS-Malaysia, MPMMJ-Jordan, PERMAYA-Yaman, PERSADA-Arab Saudi, PPIMI-Irealand, IPIJ-Jepun, PKPMI-CA-Indonesia, MCOT-England, PPMK-Korea dan PPMS-Syria melahirkan rasa terkilan di atas kegagalan pihak penganjur dalam melaksanakan pengisian yang terbaik buat anak muda.
 
SMMS mengharapkan agar program atau aktiviti yang boleh mencelarukan pemikiran, budaya dan kesucian agama ini tidak berulang di masa hadapan dan tindakan segera perlu diambil oleh pihak yang berwajib dalam memulihkan semula imej golongan anak muda Malaysia yang ternyata sudah tercemar di mata masyarakat.


Kenyataan bersama:
Solidariti Mahasiswa Malaysia SeDunia (SMMS)


Saturday 26 May 2012

Semoga Cemerlang dalam Menuntut Ilmu

Uthmaniyah mengalami zaman mendatar sebagai sebahagian dari proses kemerosotan yang melanda pemerintahannya. Ia disebabkan oleh banyak faktor yang menjadikan pengembangan yang dilakukan Uthmaniyah menjadi tidak aktif.

Abad ke 18 menyaksikan Uthmaniyah telah melakukan satu pembaharuan terhadap system pendidikan  dengan memperkenalkan pelbagai institusi kemahiran namun mereka gagal mengatasi kemajuan teknologi yang telah meletus di barat. Rentetan dari itu, banyak wilayah Uthmaniyah telah tewas kepada barat terutama kepada Rusia dan Austria.

Sun Tzu melalui karya klasik taktik strategi perangnya yang mengandungi 5.600 aksara mengajar kepada kita bagaimana pentingnya perancangan awal dan pemahaman sesuatu ilmu dalam menguasai dunia. Justeru pada hari ini, pengaplikasian taktik ini seharusnya digunakan sebaik mungkin namun ianya bukan bertujuan untuk peperangan bahkan untuk sesuatu yang lebih bernilai iaitu penterjemahan konsep strategi peperangan Sun Tzu dalam pendidikan.

Sun Tzu dalam karyanya Art Of  War menggariskan penilaian awal sebagai proses permulaan untuk memulakan sesuatu pertempuran. ‘Hidup, mati, kelangsungan dan kehancuran menjadi percaturan dalam meneruskan legasi penaklukannya ke atas kota-kota. Meneliti secara terperinci, Sun Tzhu meletakkan lima faktor dan tujuh perkiraan dalam meramal hasil perperangan.

Hari ini, tujuh perkiraan itu mampu kita galas dan manipulasikan konsepnya dalam pendidikan selaku tugas kita sebagai mahasiswa. Tujuh perkiraan yang dimaksudkan ialah :

1) Pihak mana yang mempunyai pemerintah dengan kesedaran yang lebih baik?

Nah, terima sahaja cabaran ini.. perhatikan sekeliling anda, anda tidak mampu mengatakan tidak  bila mana anada hanya akan melihat semua penyarah-pensyarah andai mempunya kesedaran yang begitu tinggi untuk melihat anda semua cemerlang dalam pelajaran.. Maka pesanan saya, gunakan peluang yang ada sebaik mungkin untuk sentiasa bergandingan dengan pensyarah-pensyarah anda dalam mendapatkan kefahaman terhadap sesuatu pelajaran yang tidak difahami.

2) Pihak mana yang mempunyai komander yang lebih baik?

Gerak kerja dan pembentangan sesuatu tajuk dalam memberi kefahaman kepada golongan-golongan mahasiswa dan sahabat-sahabat sekelas memerlukan team yang hebat dengan diketuai oleh leader yang mantap.. Anda yang menentukan sama ada anda adalah leader yang baik kepada team anda atau anda adalah ahli yang sangat komited dalam merealisasikan matlamat akhir team anda. Pengurusan organisasi dan kebijaksanaan dalam membentuk arahan yang hebat dari komander yang hebat akan menjadikan anada semkin bersemangat untuk mengulangkaji bahkan jika kadang-kadang, team anda diumumkan sebagai yang terbaik.

3) Pihak mana yang mempunyai kelebihan muka bumi yang baik?

Dalam konteks ipt, bentuk muka bumi boleh dikaitkan dengan pembawakan atau persekitaran sekeliling yang membantu kita sebagai pelajar untuk menelaah ilmu. Mahasiswa sifatnya menekan bila ditekan . Apatah lagi dengan keadaan sekeliling yang pelbagai rupa pastinya menuntut kekuatan emosi dan spiritual dalam pergolakan perasaan mencapai jihad ilmu atau hanyut dalam khayalan semasa. Justeru, anda seharusnya bijak membahagikam masa yang ada untuk pelajaran di samping bergiat aktif dalam persatuan  serta berupaya menjadi cemerlang hatta bagaimanapun karenah suasananya.
  
4) Pihak mana yang mempunyai system arahan dan disiplin yang baik?

Menyoroti perjalanan  bergelar mahasiswa pastinya kita tidak ketinggalan dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh pensyarah terutama assignment mahupun tesis bagi pelajar tahun akhir. Pelaksanaan arahan yang dikeluarkan para pensyarah  untuk menghantar tugasan tepat pada masanya di samping pelbagai gerak kerja yang bertimbun-timbun memaksa kita untuk melakukan satu  transformasi disiplin diri yang baik dalam menterjemahkan bahawa mahasiswa hari ini berdaya saing serta mampu melaksanakan tugas ini sebaik mungkin.. Bukankah mahasiswa itu sifatnya menekan bila ditekan?

5) Pihak mana yang mempunyai tentera yang lebih kuat?

Ahli  yang baik ialah yang  berupaya untuk  menyumbang sesuatu untuk kemantapan kumpulannya.  Kekuatan sesuatu pertahanan sangat penting dalam melestarikan kejayaan dalam mencapai kemenangan mutlak dalam sesuatu peperangan. Melihat kepada konsep ini, seharusnya kita sebagai mahasiswa mempersiapakan diri dengan pertahanan yang jitu agar mampu bertempur megah di medan-medan peperiksaan serta tidak mudah goyah dengan provokasi-provokasi yang ada sama ada ianya melibatkan soal perasaan dan sebagainya.

Gamis bersama pimpinan mahasiswa seluruh dunia mengucapkan
selamat berjuang dalam menuntut ilmu buat semua mahasiswa
6) Pihak mana yang mempunyai askar yang terlatih?

Persaingan dalam memenangi sebuah kemenangan ternyata satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan. Persaingan yang sihat dalam pelajaran memberi satu kredit keterujaan untuk mengungguli anugerah-anugerah yang ditawarkan ipt. Namun harus kita akui bahawa proses ini sangat panjang dan meletihkan namun ia mampu mencapai kepuasan yang tidak terhingga. Oleh itu, seharusnya kita benar-benar melakukan satu persdiaan yang cukup kental sebagai bekalan untuk menampung laluan lembah perjalanan peperiksaan  yang adakalanya berduri bahkan adakalanya kita terpaksa melalui curam  yang licin hingga kita mungkin tergelincir di landasan yang tidak sepatutnya. Melihat kepada kemungkinan-kemungkinan ini, momentum untuk terus bersemangat dalam pencarian ilmu perlu digerakkan sebaik mungkin.. Jadilah seeker yang baik.

7) Pihak mana yang mempunyai system ganjaran dan hukuman yang lebih adil?

Berikan ganjaran kepada diri anda setelah anda bertungkus lumus menyelesaikan segala tugasan yang diberikan.. Anggap sahaja task yang diberikan pensyarah anda sebagai preparation dalam mencari pemenang sebenar.. Anda juga harus menghukum diri anda sekiranya gagal melaksanakan tugas tersebut sebagai motivasi untuk melakukan yang lebih baik pada masa depan.. Beri masa pada diri anda dan dapatkan rehat secukupnya, namun jangan terpedaya dengan lamanya masa sebelum menghadapi peperiksaan .,


Moga-moga petua yang diberikan ini mampu mencertuskan satu revolusi ilmu kepada semua. Kami doakan moga anda semua diberi kemudahan dalam peperiksaan dan berjaya dengan cemerlang..


>> Salam Peperiksaan dari Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) <<

Tuesday 22 May 2012

Debat PTPTN: Mahasiswa Fokus pada Tawaran Bukan Parti


Bahang isu mansuh PTPTN dan pendidikan percuma masih lagi terasa walaupun pelbagai isu muncul mewarnai dunia politik tanah air.
 
Terbaru, hari ini, akan berlangsung debat berkenaan PTPTN hala tuju pendidikan tinggi, anjuran Sinar Harian, yang bakal memanaskan kembali isu mansuh PTPTN  dan pendidikan percuma.
 
Debat tersebut menampilkan dua orang tokoh anak muda iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Pemuda Umno dan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR. Melihat kepada kredebiliti dua tokoh anak muda tersebut, sudah meyakinkan debat tersebut akan berlangsung dengan penuh intelektual dan matang.
 
Debat tersebut sedikit sebanyak mengimbau debat politik anjuran Himpunan Mahasiswa United Kingdom dan Ireland (UKEC) membabitkan mereka berdua. Mereka berhujah dan mencabar minda mengenai Wawasan 2020 dan benarkah Malaysia berada di landasan betul untuk mencapai taraf negara maju yang tinggal lapan tahun lagi.
 
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) menyokong penganjuran debat ini dan melihat ia satu medium untuk rakyat mendapatkan maklumat secara adil. Pihak Gamis juga yakin bahawa isu ini bukan isu yang dipolitikkan, tetapi isu yang memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat khususnya mahasiswa.
 
Dari perspektif berbeza, Gamis yakin dengan penganjuran debat ini, ia mampu menyerlahkan lagi peranan kerajaan dan oposisi iaitu saling melengkapi bukannya sekadar mahu melihat parti mana yang lemah atau kuat, hasilnya rakyat akan mendapat keuntungan daripada proses saling melengkapi dari sudut gagasan dan tawaran.
 
Menariknya, debat ini sejajar dengan kandungan Deklarasi Inspirasi Anak Muda (Inspirasi) yang dilancarkan oleh Gamis pada 25 Mac lalu iaitu dalam membela hak dan kebajikan mahasiswa dalam pembiayaan pengajian.



Gamis, Inspirasi Anak Muda!

Akram Ikrami Taib Azamudden

Presiden Gamis

Saturday 12 May 2012

Sidang Meja Bulat "Bersih:3.0 dan Masa Depan Malaysia"


RESOLUSI
Sidang Meja Bulat
“BERSIH 3.0 & Masa Depan Malaysia”

Menyedari dan menginsafi keperluan gerakan mahasiswa untuk mengadakan platform perkongsian dan membina persefahaman dalam kalangan aktivis gerakan mahasiswa terhadap isu-isu penting dalam negara, bagi meningkatan kesedaran dan partisipasi mahasiswa terhadap agenda pembangunan masa depan negara Malaysia serta menentukan halatuju dan jalan penyelesaian alternatif terhadap sesuatu masalah atau isu yang berlaku, kami, pimpinan gerakan mahasiswa, menuntut dan mencadangkan kepada pihak yang berkenaan, untuk :

  1. Menghidupkan dan menyuburkan semula ‘Speaker Corner’, dialog bebas dan program baktisiswa bagi meningkatkan nilai idealisme dan aktivisme mahasiswa serta partisipasi dalam menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat.
  2. Meneruskan kebersamaan gerakan mahasiswa untuk mengadakan perbincangan bagi mencari kata sepakat dan jalan penyelesaian terhadap pelbagai masalah dan isu yang melanda rakyat Malaysia dan umat Islam.
  3. Meningkatkan nilai kematangan dalam isu-isu semasa, masyarakat dan ummah, selaras dengan tahap keintelektualan sebagai seorang yang terpelajar.
  4. Memberi dan meningkatkan kesedaran mahasiswa tentang tanggungjawab sebagai pembela masyarakat dan jurubicara ummah.
  5. Menyokong penuh lapan (8) tuntutan BERSIH 3.0 dan menuntut pihak SPR dan kerajaan melaksanakannya sebelum diadakan Pilihanraya Umum ke-13.
  6. Menyeru ahli politik dalam negara meningkatkan kematangan berpolitik dengan meningkatkan kewibawaan masing-masing pada kaca mata rakyat dan tidak menggunakan politik kotor.
  7. Kesepakatan atas agenda Islam mestilah diutamakan melebihi sentimen politik kepartian.
  8. Memberi fokus kepada pembangunan jati diri Islam kepada mahasiswa.
  9. Menolak sebarang bentuk pemikiran dan tindakan yang di luar batasan syara’.
  10. Menyeru gerakan mahasiswa dan mahasiswa untuk mengemukakan alternatif atau cadangan tambahan terhadap bantahan atau sokongan yang dibuat terhadap pelbagai pihak.
  11. Mengadakan wacana terbuka diantara Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dan Ketua Pembangkang, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum Pilihanraya Umum ke-13.
Dengan ini kami berikrar, untuk meneruskan momentum membela dan memperjuangkan nilai-nilai kebenaran dan keadilan yang dituntut oleh Islam demi masa depan Malaysia yang lebih cemerlang dan dirahmati Allah s.w.t.

Wallahua’lam.

Resolusi ini dipersetujui sebulat suara oleh :
  1. Mohammad Fazril bin Mohd Saleh, Pen. Setiausaha Agung PKPIM Pusat
  2. Khairul Azhar Khayun, Koresponden PKPIM UIAM
  3. Aiman Faudzi, JK Informasi & Maklumat PEMBINA Pusat
  4. Mohd Eqwan Mohd Roslan, Presiden PEMBINA UIAM
  5. Nur Aisyah bt. Mohamad Hijazi, Timb. Ketua Biro Media PEMBINA UIAM
  6. Akram Ikrami Taib Azamudin, Presiden GAMIS
  7. Nur Syazwani, Timb. Pengerusi SIGMA-GAMIS
  8. Marwan Abdullah, Mantan Pengerusi KARISMA Daerah Gombak
  9. Mohamed Mu’az Mohamed Ruslan, AJK KARISMA Daerah Gombak
  10. Atikah Mohd Hatta, AJK KARISMA Daerah Gombak
  11. Raafiq Zakaria, Timb. YDP GPMS UIAM
  12. Mohamad Akhmal b. Muhamed Supian, Ketua Penerangan GPMS UIAM
  13. Nur Adiela Kamarizzaman, Naib Presiden Ma’ruf Club UIAM
  14. Safiuddin Samsir, Bendahari Ma’ruf Club UIAM
  15. Nur Khairunnisaa’ Kamaruzzaman, AJK Penerangan Ma’ruf Club UIAM
Tarikh : 12 Mei 2012

*Institut Forum Siswa (i-FORSIS) adalah penganjur Sidang Meja Bulat “BERSIH 3.0 & Masa Depan Malaysia"

Gamis Tuntut Kembalikan Politik Nilai



“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim”.   (Surah al-Hujurat:11) 
      
“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Larangan memanggil Muslim dengan gelaran yang buruk adalah sangat ditegah di dalam al-Quran. Sebab penurunan ayat 11, Surah al-Hujurat berkisar mengenai sahabat Nabi SAW iaitu Thabit yang memanggil seorang dengan gelaran buruk di zaman jahiliah yang menyebabkan orang itu menjadi malu. Jika memanggil dengan gelaran buruk sudah ditegah, apatah lagi menuduh seseorang Muslim itu sebagai ‘kafir’.

Hadis di atas pula merupakan hadis sahih yang menjadi pedoman dan ikutan kepada umat Islam. Ia juga menjadi kesepakatan ulama’ untuk mengangkat hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim sebagai hujah dan tiada keraguan padanya.

NST, 8 Mei 2012 gempar dengan tuduhan ‘bapa kafir’ oleh seorang mantan Ketua Polis Negara terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Setia Bentara Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perkara yang hampir sama berlaku suatu ketika dahulu apabila ada dalam kalangan pemimpin PR pernah memanggil tokoh akademik, Dr.MAZA sebagai ‘bapak setan’. Perkara ini jelas, walau siapa pun dia, dengan pangkat yang tinggi atau rendah, dia perlu menjaga lidah dan sentiasa takut kepada azab Allah.

Justeru, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) berpendirian agar:

1.  Semua pemimpin besar masyarakat seperti pemimpin parti politik, tokoh akademik dan lain-lain WAJIB mengamalkan politik Islam yang sebenar walaupun berbeza pandangan. Pemimpin merupakan cermin kepada keadaan rakyat sebenar. Jika baik keadaan pemimpin, maka baiklah keadaan rakyat. Maka begitu juga sebaliknya. GAMIS tidak mahu politik negara hanya dibanjiri dengan politikus yang tidak beradab dan menjatuhkan kredibiliti mereka sebagai barisan pimpinan negara

2.  GAMIS menuntut untuk mereka yang terlibat dalam hal ini agar bertaubat kepada Allah dan memohon maaf secara terbuka kerana perkara ini jelas telah memalukan nama mereka yang terlibat. Sesungguhnya Allah itu pemaaf. Dia suka memaafkan.

3.   Sesungguhnya manusia itu hina, tetapi diangkat martabat dan kemuliaan oleh Islam. Maka jangan kita hina kembali diri kita dengan hiasan ‘politik jijik dan fitnah’. GAMIS menuntut agar seluruh ahli politik sama ada BN atau PR, badan politik mahupun NGO dapat menjaga akhlak dan etika dalam berpotitik sesuai dengan tuntutan yang diajar oleh agama kita. GAMIS juga menuntut agar dikembalikan politik nilai dan hujah selaras dengan apa yang diketengahkan Tim. Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah dalam penulisan beliau mengenai Menyelami Minda Muda (3M) terhadap mengetengahkan politik nilai dan politik hujah dalam kalangan masyarakat. Wallahua’lam.

"GAMIS, Inspirasi Anak Muda"

Muhammad Hafizan bin Abd. Hamid
Setiausaha Agung,
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)

Monday 7 May 2012

GAMIS Sertai Universal Justice Network (UJN) Regional Meeting di Bandung

Pada 27 haribulan April yang lalu, GAMIS diwakili saudara Mohd Eikhwan Mohd Ali (Naib Presiden GAMIS) dan saudari Nur Farhana Omar (Timb. Penerangan GAMIS) telah menghadiri Universal Justice Network Regional Meeting(Asia Tenggara) yang diadakan pada 27 April - 30 April 2012 bertempat di Fakultas Hukum Universiti Padjajaran,Bandung. Program yang berlangsung selama 3 hari 4 malam ini, mengumpulkan seluruh penggerak,pertubuhan dan NGO pelbagai peringkat dari 50 buah negara yang memperjuangkan keadilan dan hak asasi. GAMIS mewakili gerakan mahasiswa Malaysia bersama-sama wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan SALIMA MALAYSIA merupakan antara pertubuhan dan NGO yang menganggotai Universal Justice Network (UJN) yang merupakan sebuah jaringan pertubuhan keadilan dan hak asasi global yang memperjuangkan isu-isu kemanusiaan,keagaamaan dan hak asasi sejagat berlandaskan syariah.




delegasi dari Malaysia bersama Dr. Masoud (jawatankuasa eksekutif UJN)
 2 dari kiri : Saudara Eikhwan Ali (Naib Presiden GAMIS),Dr. Masoud,wakil MAPIM,saudara Syuhadak (wakil GAMIS),saudari Farhana (Timb. Penerangan GAMIS),ibu Masadah dan ibu Muslimah (SALIMA MALAYSIA)

Program ini bertujuan membina jaringan global seluruh pertubuhan hak asasi sedunia di samping membincangkan isu-isu semasa dan penyelesaian berhubung hak asasi yang didepani oleh negara-negara keanggotaan dan global secara umum. Program dimulai pada hari Sabtu 28 April dengan pembentangan kertas kerja "Arab Awakening– Challenges and Opportunities for Ummah empowerment" yang disampaikan oleh jawatankuasa eksekutif UJN dari Washington D.C.Keseluruhan perbincangan menyatakan peranan gerakan Islam dalam mencetus kebangkitan di negara Arab. Program kemudiannya diteruskan dengan pembentangan kertas kerja "Resolving Sectarian Conflicts and the Importance     of the Amman Message". Wakil dari seluruh pertubuhan kemudiannya diberi ruang menerangkan isu-isu hak asasi yang dihadapi di negara mereka,cabaran dan permasalahan. Persidangan diakhiri dengan resolusi yang perlu dilaksanakan bersama samaada di secara umum mahupun mengikut peranan dan lapangan pertubuhan masing-masing.

"Arab Awakening – Challenges and Opportunities for Ummah empowerment"
[Pembentangan Kertas Kerja]

Timb. Penerangan GAMIS menerangkan isu-isu berkaitan hak asasi di Malaysia

Pada hari Ahad 29 April seluruh peserta persidangan menerima jemputan makan malam di kediaman Gabenor Jawa Barat Tuan Heryawan. Seluruh peserta diraikan oleh isteri Gabenor Jawa Barat ibu Heryawan yang terkenal dengan partisipasi beliau sebagai salah seorang aktivis kemasyarakatan.

Wakil GAMIS dan ABIM mengabdikan kenangan
bersama ibu Heryawan isteri Gabenor Jawa Barat di hadapan kediaman beliau

Eikhwan Ali bersama rakan-rakan gerakan mahasiswa Indonesia


Saudara Eikhwan Ali Naib Presiden GAMIS menyatakan kesempatan yang diperoleh GAMIS menyertai persidangan ini membuka jaringan lebih luas antara pertubuhan hak asasi dan gerakan Islam di seluruh dunia terutamanya gerakan mahasiswa, i samping berkongsi permasalahan cabaran pengalaman dan solusi terhadap cabaran yang dihadapi mahasiswa pada masa kini. "secara eseluruhannya kita mendapati berlaku kebangkitan di seluruh dunia samaada secara berperingkat mahupun total."


sinergi gerakan mahasiswi : GAMIS, KAMMI, GEMA PERTIWI



Gambar kenangan peserta
 Persidangan Universal Justice Network Universiti Padjajaran Bandung


Persidangan UJN diakhiri dengan pertemuan bersama Menteri Luar Negeri Indonesia di Jakarta pada Isnin 30 April 2012 yang disertai jawatankuasa eksekutif UJN. Kesempatan yang diperoleh GAMIS memberi begitu banyak input dan pengalaman bermakna dalam merencana gerakan mahasiswa seterusnya.

Kita tidak bersendirian!
Wakil GAMIS ke Bandung

GAMIS,inpirasi anak muda

maklumat lanjut mengenai Universal Justice Network boleh didapati dengan melayari web rasmi UJN : http://www.Ihrc.org

Friday 4 May 2012

SS4:"Pendidikan PERCUMA.Realiti@Retorik?"



Pendidikan Percuma adakah sekadar impian kosong yang tidak menjejak ataupun suatu realiti yang berpaksi, secara khususnya di Malaysia?. Ramai menyatakan bahawa isu Pendidikan Percuma ini hanyalah semata-mata isu politik kosong bagi memancing undi mahasiswa atau anak muda umumnya. Malahan, desakan demi desakan, tuntutan demi tuntutan dibuat supaya hak rakyat untuk menikmati kebajikan negara dapat dirasai. Apakah yang dimaksudkan dengan Pendidikan Percuma? Adakah pemansuhan yuran pengajian semata? Mengapakah isu ini tertumpu kepada pusat pengajian tinggi? Pelbagai persoalan yang berkaitan dengan pendidikan ditimbulkan kerana masyarakat darsawarsa kini semakin prihatin terhadap perkembangan dan tuntutan nilai keilmuan. Education is not for sale. Education must free from any political influence. Pendidikan bukan untuk diperdagangkan . Pendidikan mesti bebas dari pengaruh politik yang berkepentingan.

Isu ini diperhangatkan lagi dengan tuntutan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mendapat liputan pelbagai pihak  sama ada pelajar, bakal pelajar pengajian tinggi, ibu bapa yang mempunyai anak di IPTA/S pegawai kerajaan hatta di parlimen sekalipun kerana ia melibatkan cycle of society atau kitaran masyarakat. Dan ianya lebih-lebih lagi, sangat  dekat dengan kehidupan mahasiswa di pengajian tinggi sama ada IPTA.

Hakikatnya, pelbagai sudut perlu dikaji bagi menjayakan pendidikan percuma. Dari sudut pendapatan dan perbelanjaan  negara, syarikat-syarikat GLC, sistem pengajian awam dan swasta, kadar nilai cukai rakyat dan  pelbagai sektor di dalam negara. Andai kata, negara mengamalkan good governess atau pentadbiran yang baik, berkebajikan dan telus, maka ianya tidak mustahil dapat dilaksanakan.

Oleh itu. Gabungan Mahasiswa Se-Malaysia (GAMIS) melalui platform INSPIRASI mengambil langkah proaktif bagi membincangkan isu ini secara mendalam secara berfakta dan rasional akan kerelevanan pelaksanaan Pendidikan Percuma di Malaysia. Ayuh kita lihat secara rasional bagaimana dan faktor apakah yang perlu dikaji dalam isu menjayakan dasar Pendidikan Percuma. Mengapa perlu memfokuskan isu Pendidikan Percuma  hanya kepada pemansuhan PTPTN ataupun ada lagi isu lain yang perlu diambil kira dan ditimbal-balik?

Oleh itu,  Sembang Santai Anak Muda kali ke-4 kini akan mengupas isu ini secara lebih mendalam dengan mengambil sisi pandang beberapa golongan akademik dan professional. Antaranya melibatkan ahli panel daripada Pusat kajian Strategik Ekonomi PKR saudara Mohd Rafizi Ramli, Prof Dr. Hj Anuar Hj Ahmad sebagai golongan pengurusan akademik UNISEL merangkap Pemangku NC UNISEL dan Dr Zuhdi Marzuki selaku Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS. Kehadiran saudara Rafizi Ramli ini diharap dapat menambahkan suntikan para golongan intelekual yang turut menantikan debat Rafizi dan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO yang telah tertunda. 

Program ini akan berlangsung pada 6 Mei 2012 iaitu hari Ahad bertempat di Dewan Bunga Kertas, TTDI Jaya, MBSA, Seksyen U2, Shah Alam, Selangor pada 8-11 malam. Maklumat lanjut boleh layari http://www.mygamis.com.

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Fatmawati Abdin
Pengarah,
Sembang Santai Anak Muda ke-4
“Pendidikan Percuma. Realiti atau Retorik?”