Saturday 26 May 2012

Semoga Cemerlang dalam Menuntut Ilmu

Uthmaniyah mengalami zaman mendatar sebagai sebahagian dari proses kemerosotan yang melanda pemerintahannya. Ia disebabkan oleh banyak faktor yang menjadikan pengembangan yang dilakukan Uthmaniyah menjadi tidak aktif.

Abad ke 18 menyaksikan Uthmaniyah telah melakukan satu pembaharuan terhadap system pendidikan  dengan memperkenalkan pelbagai institusi kemahiran namun mereka gagal mengatasi kemajuan teknologi yang telah meletus di barat. Rentetan dari itu, banyak wilayah Uthmaniyah telah tewas kepada barat terutama kepada Rusia dan Austria.

Sun Tzu melalui karya klasik taktik strategi perangnya yang mengandungi 5.600 aksara mengajar kepada kita bagaimana pentingnya perancangan awal dan pemahaman sesuatu ilmu dalam menguasai dunia. Justeru pada hari ini, pengaplikasian taktik ini seharusnya digunakan sebaik mungkin namun ianya bukan bertujuan untuk peperangan bahkan untuk sesuatu yang lebih bernilai iaitu penterjemahan konsep strategi peperangan Sun Tzu dalam pendidikan.

Sun Tzu dalam karyanya Art Of  War menggariskan penilaian awal sebagai proses permulaan untuk memulakan sesuatu pertempuran. ‘Hidup, mati, kelangsungan dan kehancuran menjadi percaturan dalam meneruskan legasi penaklukannya ke atas kota-kota. Meneliti secara terperinci, Sun Tzhu meletakkan lima faktor dan tujuh perkiraan dalam meramal hasil perperangan.

Hari ini, tujuh perkiraan itu mampu kita galas dan manipulasikan konsepnya dalam pendidikan selaku tugas kita sebagai mahasiswa. Tujuh perkiraan yang dimaksudkan ialah :

1) Pihak mana yang mempunyai pemerintah dengan kesedaran yang lebih baik?

Nah, terima sahaja cabaran ini.. perhatikan sekeliling anda, anda tidak mampu mengatakan tidak  bila mana anada hanya akan melihat semua penyarah-pensyarah andai mempunya kesedaran yang begitu tinggi untuk melihat anda semua cemerlang dalam pelajaran.. Maka pesanan saya, gunakan peluang yang ada sebaik mungkin untuk sentiasa bergandingan dengan pensyarah-pensyarah anda dalam mendapatkan kefahaman terhadap sesuatu pelajaran yang tidak difahami.

2) Pihak mana yang mempunyai komander yang lebih baik?

Gerak kerja dan pembentangan sesuatu tajuk dalam memberi kefahaman kepada golongan-golongan mahasiswa dan sahabat-sahabat sekelas memerlukan team yang hebat dengan diketuai oleh leader yang mantap.. Anda yang menentukan sama ada anda adalah leader yang baik kepada team anda atau anda adalah ahli yang sangat komited dalam merealisasikan matlamat akhir team anda. Pengurusan organisasi dan kebijaksanaan dalam membentuk arahan yang hebat dari komander yang hebat akan menjadikan anada semkin bersemangat untuk mengulangkaji bahkan jika kadang-kadang, team anda diumumkan sebagai yang terbaik.

3) Pihak mana yang mempunyai kelebihan muka bumi yang baik?

Dalam konteks ipt, bentuk muka bumi boleh dikaitkan dengan pembawakan atau persekitaran sekeliling yang membantu kita sebagai pelajar untuk menelaah ilmu. Mahasiswa sifatnya menekan bila ditekan . Apatah lagi dengan keadaan sekeliling yang pelbagai rupa pastinya menuntut kekuatan emosi dan spiritual dalam pergolakan perasaan mencapai jihad ilmu atau hanyut dalam khayalan semasa. Justeru, anda seharusnya bijak membahagikam masa yang ada untuk pelajaran di samping bergiat aktif dalam persatuan  serta berupaya menjadi cemerlang hatta bagaimanapun karenah suasananya.
  
4) Pihak mana yang mempunyai system arahan dan disiplin yang baik?

Menyoroti perjalanan  bergelar mahasiswa pastinya kita tidak ketinggalan dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh pensyarah terutama assignment mahupun tesis bagi pelajar tahun akhir. Pelaksanaan arahan yang dikeluarkan para pensyarah  untuk menghantar tugasan tepat pada masanya di samping pelbagai gerak kerja yang bertimbun-timbun memaksa kita untuk melakukan satu  transformasi disiplin diri yang baik dalam menterjemahkan bahawa mahasiswa hari ini berdaya saing serta mampu melaksanakan tugas ini sebaik mungkin.. Bukankah mahasiswa itu sifatnya menekan bila ditekan?

5) Pihak mana yang mempunyai tentera yang lebih kuat?

Ahli  yang baik ialah yang  berupaya untuk  menyumbang sesuatu untuk kemantapan kumpulannya.  Kekuatan sesuatu pertahanan sangat penting dalam melestarikan kejayaan dalam mencapai kemenangan mutlak dalam sesuatu peperangan. Melihat kepada konsep ini, seharusnya kita sebagai mahasiswa mempersiapakan diri dengan pertahanan yang jitu agar mampu bertempur megah di medan-medan peperiksaan serta tidak mudah goyah dengan provokasi-provokasi yang ada sama ada ianya melibatkan soal perasaan dan sebagainya.

Gamis bersama pimpinan mahasiswa seluruh dunia mengucapkan
selamat berjuang dalam menuntut ilmu buat semua mahasiswa
6) Pihak mana yang mempunyai askar yang terlatih?

Persaingan dalam memenangi sebuah kemenangan ternyata satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan. Persaingan yang sihat dalam pelajaran memberi satu kredit keterujaan untuk mengungguli anugerah-anugerah yang ditawarkan ipt. Namun harus kita akui bahawa proses ini sangat panjang dan meletihkan namun ia mampu mencapai kepuasan yang tidak terhingga. Oleh itu, seharusnya kita benar-benar melakukan satu persdiaan yang cukup kental sebagai bekalan untuk menampung laluan lembah perjalanan peperiksaan  yang adakalanya berduri bahkan adakalanya kita terpaksa melalui curam  yang licin hingga kita mungkin tergelincir di landasan yang tidak sepatutnya. Melihat kepada kemungkinan-kemungkinan ini, momentum untuk terus bersemangat dalam pencarian ilmu perlu digerakkan sebaik mungkin.. Jadilah seeker yang baik.

7) Pihak mana yang mempunyai system ganjaran dan hukuman yang lebih adil?

Berikan ganjaran kepada diri anda setelah anda bertungkus lumus menyelesaikan segala tugasan yang diberikan.. Anggap sahaja task yang diberikan pensyarah anda sebagai preparation dalam mencari pemenang sebenar.. Anda juga harus menghukum diri anda sekiranya gagal melaksanakan tugas tersebut sebagai motivasi untuk melakukan yang lebih baik pada masa depan.. Beri masa pada diri anda dan dapatkan rehat secukupnya, namun jangan terpedaya dengan lamanya masa sebelum menghadapi peperiksaan .,


Moga-moga petua yang diberikan ini mampu mencertuskan satu revolusi ilmu kepada semua. Kami doakan moga anda semua diberi kemudahan dalam peperiksaan dan berjaya dengan cemerlang..


>> Salam Peperiksaan dari Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) <<

0 comments:

Post a Comment