Monday 7 May 2012

GAMIS Sertai Universal Justice Network (UJN) Regional Meeting di Bandung

Pada 27 haribulan April yang lalu, GAMIS diwakili saudara Mohd Eikhwan Mohd Ali (Naib Presiden GAMIS) dan saudari Nur Farhana Omar (Timb. Penerangan GAMIS) telah menghadiri Universal Justice Network Regional Meeting(Asia Tenggara) yang diadakan pada 27 April - 30 April 2012 bertempat di Fakultas Hukum Universiti Padjajaran,Bandung. Program yang berlangsung selama 3 hari 4 malam ini, mengumpulkan seluruh penggerak,pertubuhan dan NGO pelbagai peringkat dari 50 buah negara yang memperjuangkan keadilan dan hak asasi. GAMIS mewakili gerakan mahasiswa Malaysia bersama-sama wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan SALIMA MALAYSIA merupakan antara pertubuhan dan NGO yang menganggotai Universal Justice Network (UJN) yang merupakan sebuah jaringan pertubuhan keadilan dan hak asasi global yang memperjuangkan isu-isu kemanusiaan,keagaamaan dan hak asasi sejagat berlandaskan syariah.




delegasi dari Malaysia bersama Dr. Masoud (jawatankuasa eksekutif UJN)
 2 dari kiri : Saudara Eikhwan Ali (Naib Presiden GAMIS),Dr. Masoud,wakil MAPIM,saudara Syuhadak (wakil GAMIS),saudari Farhana (Timb. Penerangan GAMIS),ibu Masadah dan ibu Muslimah (SALIMA MALAYSIA)

Program ini bertujuan membina jaringan global seluruh pertubuhan hak asasi sedunia di samping membincangkan isu-isu semasa dan penyelesaian berhubung hak asasi yang didepani oleh negara-negara keanggotaan dan global secara umum. Program dimulai pada hari Sabtu 28 April dengan pembentangan kertas kerja "Arab Awakening– Challenges and Opportunities for Ummah empowerment" yang disampaikan oleh jawatankuasa eksekutif UJN dari Washington D.C.Keseluruhan perbincangan menyatakan peranan gerakan Islam dalam mencetus kebangkitan di negara Arab. Program kemudiannya diteruskan dengan pembentangan kertas kerja "Resolving Sectarian Conflicts and the Importance     of the Amman Message". Wakil dari seluruh pertubuhan kemudiannya diberi ruang menerangkan isu-isu hak asasi yang dihadapi di negara mereka,cabaran dan permasalahan. Persidangan diakhiri dengan resolusi yang perlu dilaksanakan bersama samaada di secara umum mahupun mengikut peranan dan lapangan pertubuhan masing-masing.

"Arab Awakening – Challenges and Opportunities for Ummah empowerment"
[Pembentangan Kertas Kerja]

Timb. Penerangan GAMIS menerangkan isu-isu berkaitan hak asasi di Malaysia

Pada hari Ahad 29 April seluruh peserta persidangan menerima jemputan makan malam di kediaman Gabenor Jawa Barat Tuan Heryawan. Seluruh peserta diraikan oleh isteri Gabenor Jawa Barat ibu Heryawan yang terkenal dengan partisipasi beliau sebagai salah seorang aktivis kemasyarakatan.

Wakil GAMIS dan ABIM mengabdikan kenangan
bersama ibu Heryawan isteri Gabenor Jawa Barat di hadapan kediaman beliau

Eikhwan Ali bersama rakan-rakan gerakan mahasiswa Indonesia


Saudara Eikhwan Ali Naib Presiden GAMIS menyatakan kesempatan yang diperoleh GAMIS menyertai persidangan ini membuka jaringan lebih luas antara pertubuhan hak asasi dan gerakan Islam di seluruh dunia terutamanya gerakan mahasiswa, i samping berkongsi permasalahan cabaran pengalaman dan solusi terhadap cabaran yang dihadapi mahasiswa pada masa kini. "secara eseluruhannya kita mendapati berlaku kebangkitan di seluruh dunia samaada secara berperingkat mahupun total."


sinergi gerakan mahasiswi : GAMIS, KAMMI, GEMA PERTIWI



Gambar kenangan peserta
 Persidangan Universal Justice Network Universiti Padjajaran Bandung


Persidangan UJN diakhiri dengan pertemuan bersama Menteri Luar Negeri Indonesia di Jakarta pada Isnin 30 April 2012 yang disertai jawatankuasa eksekutif UJN. Kesempatan yang diperoleh GAMIS memberi begitu banyak input dan pengalaman bermakna dalam merencana gerakan mahasiswa seterusnya.

Kita tidak bersendirian!
Wakil GAMIS ke Bandung

GAMIS,inpirasi anak muda

maklumat lanjut mengenai Universal Justice Network boleh didapati dengan melayari web rasmi UJN : http://www.Ihrc.org

0 comments:

Post a Comment