Bengkel Penerangan GAMIS

Krew Penerangan GAMIS dilatih pengurusan media dan informasi

Kami Bersama-sama Rohingya

Nurul Izzah Anwar menandatangani sepanduk simbolik kebersamaan rakyat Malaysia dalam Isu Rohingya

Satira Politik Semasa GAMIS

Menampilkan seniman-seniman tanah air membacakan puisi satira mengenai isu politik semasa Malaysia

Memimpin Perjuangan

Perjuangan mestilah dipimpin dengan nilai akhlak yang tinggi...

Himpunan Aman Selamatkan Rohingya

Mengumpulkan wakil-wakil parti politik tanah air dan NGO-NGO bagi memperjuangkan nasib umat Islam Rohingya

Bersatu Demi Malaysia

Cadangan logo alternatif dari GAMIS dengan konsep merdeka rakyat, merdeka pemimpin dan bertemakan Bersatu Demi Malaysia. Logo ini adalah respon terhadap logo yang tidak professional dan tema yang tidak patriotik yang dicadangkan kerajaan Malaysia.



Friday 30 March 2012

Batal PTPTN: Menifesto Awal PRU 13 Untuk Mahasiswa



Isu penghapusan skim pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukanlah isu yang dipolitikkan, tetapi ia merupakan isu yang dibawa untuk menjada hak dan kebajikan mahasiswa.

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) menyokong iltizam Pakatan Rakyat untuk membatalkan PTPTN sekiranya Pakatan berjaya membentuk kerajaan pusat selepas pilihanraya umum akan datang.

Iltizam PR untuk membatalkan pinjaman PTPTN dan menyediakan pendidikan percuma dari sekolah rendah sehingga univerisiti boleh dilakukan sekiranya kerajaan berhemat dalam setiap perbelanjaan dan menghapuskan budaya rasuah dan kronisme yang merugikan negara.

Thursday 29 March 2012

Sigma Berkongsi Kedukaan Bersama Keluarga Dirang


Pada 24 Mac 2012, TEAM HAWA BANGKIT yang dianggotai oleh beberapa front mahasiswi telah mengadakan ziarah ke rumah arwah Nadhirah (Dirang) di Masai Johor Bahru. Berita arwah yang sangat menyayat hati ramai pihak yang menjadi mangsa penindasan terhadap kekejaman dan sikap ketidakperimanusiaan ke atas kanak-kanak membuat kami rasa terpanggil untuk menyatakan keprihatinan kami sebagai mahasiswi.

Antara artis yang hadir Lisa surihani

Sunday 25 March 2012

Kenyataan Media Deklarasi Inspirasi Anak Muda Malaysia


SIDANG MEDIA
25 MAC 2012

Kami, Inspirasi Anak Muda Malaysia (INSPIRASI), mewakili seluruh anak muda Malaysia hari ini, menyatakan kesungguhan dan komitmen kami untuk menjayakan gagasan atau idea daripada komuniti anak muda terhadap pembentukan masa hadapan negara Malaysia yang lebih cemerlang untuk dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Besarlah harapan kami agar gagasan ini disambut dengan penuh iltizam oleh pihak kerajaan, pemimpin politik dan ahli akademik.

Kami INSPIRASI, bergerak melalui kesatuan yang dianggotai oleh pelbagai latar belakang dan variasi inspirasi organisasi anak muda bertujuan untuk membangkitkan kesedaran, menambah pengetahuan dan meningkatkan rasa tanggungjawab serta partisipasi anak muda terhadap agenda pembinaan negara Malaysia yang lebih cemerlang.

INSPIRASI dengan ini menyatakan kesungguhan untuk memperjuangkan enam gagasan yang meliputi transformasi pendidikan, keadilan undang-undang, ekonomi yang merakyat, jaminan kerjaya, politik bertintegriti dan keharmonian sosial.

Melihat kepada situasi semasa negara, INSPIRASI merasa terpanggil untuk tampil memperjuangkan dan mendidik masyarakat terutamanya anak muda Malaysia tentang makna kesatuan, keadilan, keamanan, kesepaduan, sifat kebertanggungjawaban, nilai kenegaraan dan sebuah kemerdekaan sebenar menurut kacamata Islam. Secara lebih terperinci, gagasan INSPIRASI adalah seperti berikut :

1. Rejuvinasi Sistem Pendidikan
 Melakukan transformasi sistem pendidikan kepada yang lebih praktikal dan efisyen dengan generasi sekarang.
 Memberi peruntukan dana yang lebih besar dalam pendidikan dengan meluaskan pemegang biasiswa aliran sains, agama dan vokasional serta menghapuskan bunga bagi segala bentuk pinjaman pendidikan.

2. Keadilan Undang-undang
 Menghapuskan akta zalim.
 Meluaskan bidang kuasa mahkamah syariah.

3. Ekonomi untuk Rakyat
 Melestari dan memperkasa pelaksanaan zakat dan baitulmal mengikut syariah Islam.
 Melaksanakan cukai progresif bagi semua sektor.
 Menyamaratakan secara konsisten pengagihan dan penetapan harga barang keperluan.

4. Jaminan Kerjaya
 Memberikan bantuan kewangan dan mengisytihar SOHO (Small Office Home Office) sebagai pasaran baru yang lebih sesuai dengan anak muda.
 Mengurangkan kadar pengambilan buruh asing sebagai sumber manusia dengan mengutamakan anak tempatan.
 Mengurangkan had umur pencen daripada 60 tahun kepada 55 tahun atau kurang untuk memberi ruang yang lebih besar kepada anak muda dalam kerjaya.

5. Integriti Politik
 Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bebas rasuah.
 Menuntut sistem pilihanraya yang telus dan adil.
 Mewujudkan Parlimen Belia untuk melibatkan belia dalam proses penggubalan keputusan di peringkat nasional.

6. Keharmonian Sosial
 Mengungguli budaya hidup sihat dengan gaya pemakanan yang sihat dan aktiviti bersenam.
 Mencari penyelesaian yang holistik bagi mengurangkan kadar penglibatan anak muda dalam masalah sosial dan budaya kuning.
 Menolak media dan semua medium komunikasi perdana dan semasa yang memaparkan unsur ketidakmoralan, bias dan tidak membina akal dan budi rakyat.
 Memperkasakan peranan pendidikan dari rumah dan institut kekeluargaan

Akhir kata, kami meletakkan harapan yang besar dan membuka seluas-luasnya ruang kepada seluruh front mahasiswa dan anak muda untuk bersama-sama kami menjayakan deklarasi ini sebagai manifestasi kebersamaan komuniti muda ke arah pembinaan negara Malaysia yang makmur, aman dan cemerlang.

Masa depan negara terletak di bahu kita, anak muda Malaysia. Ayuh, kami menyeru seluruh anak muda dan rakyat Malaysia untuk berganding bahu dan menyatakan komitmen menjayakan gagasan ini.

Sekian. Terima kasih.

Saya yang benar,

EIKHWAN ALI
Pengerusi,
Inspirasi Anak Muda Malaysia (INSPIRASI).
Mewakili :
1. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
2. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
3. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMI UM)
4. Ma’ruf Club Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MC UIAM)
5. Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISI UKM)
6. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMI UPM)
7. Persatuan Pelajar Islam Universiti Selangor (PPI Unisel)
8. Al-Azhar Members Kolej Universiti Islam Selangor (ALAM KUIS)
9. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur (PMI UTM-KL)
10. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (PMI USM-PP)
11. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia, Skudai (PMI UTM-Skudai)
12. Badan Dakwah dan Rohani Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur (BADAR UKM-KL)

Thursday 22 March 2012

Wujudkan kesepakatan dalam tentukan tarikh PRU

SHAH ALAM, 21 Mac: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) melahirkan rasa kerisauan sekiranya tarikh pilihanraya dimanipulasi bagi memenangkan sesebuah parti politik, ,malah suasana ini juga berlaku kepada pilihanraya kampus (PRK) di sesetengah kampus yang sehingga pada hari ini, masih berteka-teki dengan tarikh PRK. 

Menurut Naib Presiden 1, Eikhwan Ali, Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) merupakan medan pertempuran yang paling sengit dan menurut kajian ia merupakan kemuncak bagi perjuangan menuntut demokrasi. 

"Barisan Nasional cukup risau sekiranya mereka disingkirkan, mereka tiada upaya untuk bersatu kembali. 'Dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat amat optimis untuk mengambil alih pemerintahan Malaysia," jelasnya. 

Tambahnya lagi kesuburan keharmonian politik dengan kesepakatan bersama dalam beberapa perkara, ruang perbincangan dan penentuan sesuatu keputusan perlu digarap bagi melancarkan agenda keharmonian politik. 

"Salah satu ruang yang ada ialah kesepakatan penentuan tarikh pembubaran parlimen oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, seperti yang diamalkan di United Kingdom antara parti Konservatif dan parti Liberal Demokrat. 

"Dengan adanya kesepakatan ini, dapat mengurangkan ketegangan antara parti politik, dalam masa yang sama dapat memenuhi tuntutan sesebuah parti politik," tambahnya lagi. 

Eikhwan turut memberitahu sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berahsia mengenai tarikh PRU13 akan diadakan, menimbulkan sangsi oleh semua pihak. Ini jelas terbukti, ketika melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur, apabila beliau meminta semua pihak memahami kenapa beliau terpaksa merahsiakan tarikh PRU13. 

Pihak Gamis mendesak supaya parti-parti lain diberi ruang dalam menentukan tarikh pembubaran parlimen bagi menjamin keharmonian politik dan juga mengelakkan sebarang bentuk manipulasi.

Sumber: 


Friday 16 March 2012

Menyuburkan Dialog dan Debat Intelektual Secara Terbuka


Rakyat pada hari ini mempunyai selera politik yang berbeza berbanding dahulu. Mereka lebih cenderung menilai agenda yang ditawarkan oleh parti-parti politik dan seterunya memilih parti yang mampu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka.

Mereka bukan lagi taasub kepada satu parti politik, hasilnya, setiap parti politik berusaha keras merencanakan agenda yang dibawa bagi memastikan persepsi positif pengundi sentiasa konsisten terhadap mereka.

Political will (keazaman politik) bagi sesebuah parti politik menjadi satu perkara yang penting bagi rakyat menilai kesungguhan parti politik membawa agenda yang telah direncanakan iaitu bukan sekadar omongan kosong, ia perlu direalisasikan.


Salah satu usaha yang mesti diambil perhatian bagi memenuhi tuntutan budaya politik baru ini ialah dengan menyuburkan dialog dan debat intelektual secara terbuka tanpa ada manipulasi dari pihak tertentu dari sudut maklumat. Ini sangat penting bagi memastikan rakyat mendapat sumber maklumat yang segar dan telus.


Bukanlah Budaya Baru


Dialog dan debat intelektual bukanlah sesuatu yang baru di dunia. Mungkin diMalaysia ia agak kurang popular, kerana adanya sikap ketidak terbukaan parti politik dalam menganjurkan dialog dan debat intelektual, dan juga ketelusan media arus perdana dalam menyiarkan debat dan dialog tersebut.


Jika kita menyoroti sejarah, bagaimana kisah nabi Musa a.s. ketika berhadapan dengan puluhan ribu ahli sihir yang dikumpulkan oleh Firaun untuk mengalahkan baginda. Walaupun dari sudut keadilan boleh dipertikaikan kerana puluhan ribu ahli sihir melawan seorang nabi, akan tetapi perkara yang menarik ialah pertandingan ini secara terbuka dengan kehadiran pembesar negara dan rakyat jelata dari seluruh Mesir. Penonton dapat menilai secara langsung pihak yang benar dan pihak yang batil.


Kita juga masih ingat bagaimana John McCain berhadapan dengan Obama dalam Final US Presidential Debate. Ketenangan yang dibawa oleh Obama dan cemasnya McCain telah memberikan satu klu kepada pengundi, siapakah yang sebenarnya layak dipilih sebagai presiden di samping keyakinan Obama dalam menyampaikan agenda yang mahu dibawa untuk membangunkan Amerika.


Perlu Disuburkan

Harga petrol yang dijadikan isu perdebatan antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek cukup memberi impak yang besar kepada rakyat. Dengan jelas dan telus rakyat dapat menyaksikan bagaimana hujah yang dilontarkan oleh pemimpin dari pemerintah dan juga pembangkang dalam membela nasib rakyat.


Kesediaan Pas dalam berdialog dengan mana-mana komponena BN menunjukkan kematangan politik yang wujud dalam Pas. Menurut Datuk Husam Musa, Naib Presiden Pas sesi dialog yang bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian masalah tertentu adalah digalakkan dan ia tidak perlu dilakukan secara tertutup.


Tidak kurang hebat juga dengan ajakan debat satu sama satu secara terbuka oleh Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin, Menteri Pembangunan Wilayah dan Pembangunan Bandar kepada anggota parlimen pembangkang berhubung isu penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membiayai skim perumahan kos rendah.


Debat politik anjuran Himpunan Mahasiswa United Kingdom dan Ireland (UKEC) membabitkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Pemuda UMNO dan Rafizi Ramli, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerlahkan kematangan mereka berhujah dan mengetepikan sentimen peribadi dan kepartian. Mereka berhujah dan mencabar minda mengenai Wawasan 2020 dan benarkah Malaysia berada di landasan betul untuk mencapai taraf negara maju yang tinggal 8 tahun lagi. Sayang sekali debat tersebut dianjurkan di luar Malaysia.


Budaya ini juga mesti disuburkan di dalam kampus, ketepikan dahulu isu AUKU yang sempit. Kita ketengahkan agenda memperkayakan minda mahasiswa. Pihak pentadbiran sewajarnya memberi galakan kepada mahasiswa menganjurkan dialog dan debat intelektual bukannya menyekat secara membuta-tuli. Apa salahnya kita tokoh-tokoh politik seperti Datuk Mustapha Mohamed, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Salahuddin Ayub, Saifuddin Nasution Ismail dan Anthony Loke Siew Fook diundang berdialog di pusat pengajian tinggi? Jawapannya tentu sekali tidak salah, kerana pentadbiran pusat pengajian tinggi sepatutnya tidak ada kepentingan dalam politik.


Harapan Anak Muda


Oleh sebab itu, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) melalui Majlis Politik Nasional (MPN) pernah menawarkan diri sebagai penganjur debat terbuka antara Dato Seri Najib Tun Razak dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.


Dialog dan debat intelektual salah satu pemangkin kepada pendidikan politik. Sasaran yang ingin dicapai dalam pendidikan politik ialah wujudnya wa’yu siyasi (kesedaran politik) dalam setiap diri individu. Kita juga mengharapkan media arus perdana selaku medium pengantar maklumat memainkan peranan secara telus dan adil tanpa ada manipulasi dari sudut maklumat.


GAMIS sangat optimis sekiranya budaya ini disuburkan, di Malaysia akan wujudnya parti politik yang mempunyai keazaman politik yang tinggi dan rakyat tersedia dengan pendidikan politik yang baik, dikukuhkan dengan sistem pilihanraya yang telus dan adil. Seterusnya melahirkan politik baru Malaysia.
  

GAMIS Inspirasi Anak Muda!

Wan Mohamad Rasyadan Wan Hussin
Ketua Penerangan GAMIS

Kenyataan Rasmi GAMIS Berhubung Konflik di Syria


Syria yang terkenal dengan bumi para ulama seakan hilang serinya apabila rakyatnya diperlakukan dengan kejam oleh pihak pemerintah Syria. Walaupun Bashar al-Assad dikatakan sudah menghentikan serangan tentera, namun sehingga minggu lalu keganasan terus berlaku. Terkini, serangan askar kerajaan ke atas bandar Homs dan beberapa kawasan kejiranan, telah mengorbankan tidak kurang 200 orang. 

Ikrar Bashar al-Assad untuk mempertahankan kuasanya dengan kekerasan tentera menjadikan Syiria kini kekal satu-satunya negara Arab yang terus bergolak sejak tercetus ‘Arab Spring’ sehingga berakhirnya krisis politik di Yaman dengan berundurnya Presiden Ali Abdullah Saleh.

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyatakan pendirian dan juga tuntutan seperti berikut:

1)      GAMIS secara tegas mengutuk kezaliman dan pembunuhan rakyat Syria oleh regim Bashar al-Assad. Ribuan rakyat Syria terbunuh dan kebanyakan daripada mereka tidak bersenjata. 

2)      GAMIS menggesa kerajaan Syria menyelesaikan dengan baik konflik yang berlaku atau segera berundur dari pemerintahan Syria.

3)     GAMIS juga menuntut supaya, kerajaan Malaysia segera memanggil sidang tergempar    Persidangan Negara-negara Islam (OIC) bagi menyelesaikan krisis di Syiria. GAMIS berpandangan, Pertubuhan Negara-negara Bersatu (PBB) melalui Majlis Keselamatannya, gagal menyelesaikan kemelut tersebut berikutan dua kuasa veto dunia, Rusia dan China telah memilih untuk menolak draf resolusi Majlis Keselamatan PBB terhadap Syiria. 

GAMIS juga akan berhubung terus dengan wakil persatuan mahasiswa di luar negara khususnya Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) untuk mengikuti perkembangan keselamatan mahasiswa Malaysia di Syria. GAMIS juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia bersama-sama bermunajat memohon keselamatan untuk rakyat Syria.

GAMIS Inspirasi Anak Muda!

Eikhwan Ali
Naib Presiden GAMIS

Debat Najib-Anwar: Mahasiswa Sedia Jadi Penganjur


Tahniah diucapkan kepada Profesional Melayu, yang menyatakan minat untuk melihat debat terbuka antara Ketua Kerajaan, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Kajian ini dikeluarkan oleh Merdeka Center melalui Pengarah Eksekutifnya, Ibrahim Suffian baru-baru ini.

Golongan mahasiswa sangat ternanti-nanti pendirian Datuk Seri Najib berkenaan kesediaan beliau untuk menyertai debat tersebut, Datuk Seri Anwar sudah lama menyatakan hasrat beliau. Mahasiswa bersedia untuk menjadi penganjur debat ini.

1. Debat adalah budaya ilmiah yang merupakan satu jalan terbaik dalam meraikan perbezaan fahaman dan ideologi politik

2. Debat adalah satu medan penilaian bagi masyarakat khususnya anak muda untuk menilai dan memilih kepimpinan yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara

3. Melalui beberapa perbincangan dan 'survey' di peringkat kepimpinan mahasiswa, pengesyoran debat disambut baik di peringkat kampus masing-masing

4. Fokus debat ini adalah pembentangan manifesto kedua-dua belah pihak parti dan juga perbahasan berkenaan isu-isu kenegaraan yang melibatkan rakyat dan kebajikan rakyat, tidak perlu wujud perdebatan berkenaan isu peribadi

5. Mahasiswa berharap program debat ini bukan hanya menjadi mainan politik semata-mata oleh Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional, biarlah ia menjadi satu titik permulaan yang serius dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang

Justeru, pihak Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) mengesyorkan agar mahasiswa dapat bersinergi dalam menjayakan budaya ilmiah ini andai kedua-dua pemimpin besar parti (DS Najib Razak dan DS Anwar Ibrahim) bersedia untuk berhadapan antara satu sama lain dalam debat politik. Kami juga menolak mana-mana idea yang menyatakan idea debat adalah tidak diguna pakai di Malaysia.


'GAMIS Inspirasi Anak Muda'

Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor
Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN)
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)

Artis Rela Berbogel, Industri Perfileman Malaysia Parah

Mutakhir ini, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan kenyataan berani seorang artis berbangsa melayu dan islam yang mengatakan rela untuk berbogel dalam mana-mana filem jika ditawarkan pada masa-masa akan datang. Perkara ini mengundang kontroversi sekaligus menggambarkan industri hiburan tanah air seperti Hollywood yang bebas melakukan apa sahaja aksi untuk meraih keuntungan dalam dunia hiburan. Perkara ini menjadi kebimbangan di peringkat Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) apabila melihat saban hari industri hiburan tanah air semakin longgar dalam menterjemahkan tatasusila kesopanan negara serta memelihara syariat Allah yang diturunkan kepada ummat keseluruhannya. Kebimbangan ini makin meningkat apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) menyatakan untuk memberikan kebebasan kepada pihak pengarah dan penerbit filem pada bulan lepas. Kenyataan berani artis lelaki tersebut menggambarkan bahawa industri hiburan khususnya dalam bidang perfileman semakin berani tanpa mengambil kira soal agama dan adat. Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk berhibur sebagai salah satu cara meraikan fitrah yang ada dalam diri manusia. Namun, setiap perkara itu ada batasannya. Kenyataan untuk sedia berbogel menunjukkan Islam bukan lagi prioriti utama dalam menyampaikan hiburan kepada masyarakat, bahkan menutup nilai-nilai moral dan etika yang sentiasa dilaung-laungkan dalam industri hiburan sebelum ini. “Berbogel tidak pernah menggambarkan nilai murni dan beretika. Ini bukan soal professional dalam berhibur, ini soal agama dan maruah diri. Apabila manusia tidak menggunakan akal dan agama dalam membawa nilai kehidupan yang sementara ini, maka benarlah kata Allah bahawa mereka ini lebih teruk daripada al-an’am (haiwan),” Ujar Pengerusi Majlis Dakwah & Kebajikan GAMIS, Saudara Muhammad Farid. Justeru, pihak berwajib perlu memandang serius dalam menangani isu hiburan yang semakin melampau mutakhir ini. LPF perlu kembali berfungsi selari dengan penubuhannya di bawah Seksyen 3 Akta Filem (Penapisan) 1952 (disemak tahun 1971) dengan tujuan menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat daipada pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif. “Dan saya menyeru mana-mana artis yang ingin membuat kenyataan, agar lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan dengan mengambil kira soal agama dan maruah diri. Ingatlah bahawa hidup ini bukan milik peribadi kita, ada Tuhan dan agama yang perlu kita patuhi dan taati”, tambahnya lagi.

Tuesday 13 March 2012

Pengenalan GAMIS

VISI

 Menerajui gerakan mahasiswa dalam memimpin kebangkitan dengan kesedaran Islam


MISI
 1) Memasyarakatkan GAMIS melalui pendekatan penerapan dakwah secara holistik

2) Memperkasakan gerakan mahasiswa sebagai penggerak pendidikan politik berteraskan prinsip Islam

3) SIGMA memimpin wanita muda sebagai agen reformasi masyarakat




ORGANISASI GAMIS 2011/2012



Presiden
Akram Ikrami binTaib Azamudden
013-2965776
akramikrami@gmail.com


Timbalan Presiden
Muhammad Safwan bin Anang@Talib
014-8408219
muhammadsafwan894@gmail.com


Naib Presiden 1
Mohd Eikhwan bin M. Ali
013-6247540
primethinkers@yahoo.com


Naib Presiden 2
Mohamad Najmi bin Ahmad
019-6404302
ashab_sibawaiyhi00@yahoo.com


Pengerusi SIGMA
Rohayu binti Rusli
013-2925920
jundatullah@gmail.com


Timbalan Pengerusi SIGMA
Nur Syazwani binti
Abdul Aziz
013-7566558
waniaziz111@gmail.com


Setiausaha Agung
Muhammad Hafizan bin Abd. Hamid
013-2129365
hafizan.5188@gmail.com


Timbalan Setiausaha Agung
A’aidah binti Zakaria
013-4083520
nurimtinan90@gmail.com


Bendahari
Ahmad Mustapha bin Ab Azais
013-2987327
mustapha0607@gmail.com


Timbalan Bendahari
Fatmawati binti Abdin
019-8319107
fatma_abdin@yahoo.com.my


Ketua Penerangan
Wan Mohamad Rasyadan bin Wan Hussin
013-3440625
mrasyadan@yahoo.com


Timbalan Ketua Penerangan
Nur Farhana binti Omar
019-3020905
farhanah.munawwar@gmail.com


Pengerusi Majlis Tarbiyah & Kepimpinan (MTKN)
Muhamad Azan bin Safar
013-2129328
azansafar@gmail.com


Timbalan Pengerusi Majlis Tarbiyah & Kepimpinan (MTKN)
Munirah binti Samsudin
013-9659075
rahmahalmarbawi@gmail.com


Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN)
Akmal Razali
013-5024361


Timbalan Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN)
Mariah binti Zakaria
013-2649589
mz_grin90@yahoo.com


Timbalan Pengerusi Majlis Dakwah & Kebajikan (MDK)
Munirah binti Nik Sulaiman
013-2456594
munirahnikman@gmail.com

Organisasi Sessi 2011/2012

PRESIDEN

 Akram Ikrami binTaib Azamudden
013-2965776
akramikrami@gmail.com
Baling, Kedah

Timbalan PRESIDEN

Muhammad Safwan bin Anang@Talib
014-8408219
muhammadsafwan894@gmail.com
Batu Buruk, Terengganu

Naib PRESIDEN 1

Mohd Eikhwan bin M. Ali
013-6247540
primethinkers@yahoo.com
K.Terengganu,Terengganu

N. PRESIDEN 2

Mohamad Najmi bin Ahmad
019-6404302
ashab_sibawaiyhi00@yahoo.com
Kota Bharu, Kelantan

PENGERUSI SIGMA

Rohayu binti Rusli
013-2925920
jundatullah@gmail.com
Pasir Puteh,Kelantan

Timb PENGERUSI SIGMA

Nur Syazwani binti
Abdul Aziz
013-7566558
waniaziz111@gmail.com
Muar,Johor

SETIAUSAHA

 Muhammad Hafizan bin Abd. Hamid
013-2129365
hafizan.5188@gmail.com
Seremban,NS

Timb SETIAUSAHA

A’aidah binti Zakaria
013-4083520
nurimtinan90@gmail.com
Pendang, Kedah

BENDAHARI

Ahmad Mustapha bin Ab Azais
013-2987327
mustapha0607@gmail.com
Kota Bharu, Kelantan

Timb BENDAHARI

Fatmawati binti Abdin
019-8319107
fatma_abdin@yahoo.com.my
Tawau,Sabah

Ketua PENERANGAN

Wan Mohamad Rasyadan bin Wan Hussin
013-3440625
pensador88@yahoo.com
Rantau Panjang, Kelantan

Timb Ketua PENERANGAN

Nur Farhana binti Omar
019-3020905
farhanah.munawwar@gmail.com
Seremban,NS

Pengerusi MTKN

Muhamad Azan bin Safar
013-2129328
azansafar@gmail.com
Besut,Terengganu

Timb Pengerusi MTKN

Munirah binti Samsudin
013-9659075
rahmahalmarbawi@gmail.com
Enggor, Perak

Pengerusi MPN

Muhammad Hafizuddin bin Muhamed Noor
014-5221840
hafizmn88@yahoo.com.my
Kota Bharu, Kelantan

Timb Pengerusi MPN

Mariah binti Zakaria
013-2649589
mz_grin90@yahoo.com
Subang Jaya, Selangor

Pengerusi MDK

Muhammad Farid Hadhari bin Mahamed Rusdi
013-2431319
kentoshiuz69@gmail.com
Kota Bharu, Kelantan

Timb Pengerusi MDK

 Munirah binti Nik Sulaiman
013-2456594
munirahnikman@gmail.com
Dungun, Terengganu