Thursday 22 March 2012

Wujudkan kesepakatan dalam tentukan tarikh PRU

SHAH ALAM, 21 Mac: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) melahirkan rasa kerisauan sekiranya tarikh pilihanraya dimanipulasi bagi memenangkan sesebuah parti politik, ,malah suasana ini juga berlaku kepada pilihanraya kampus (PRK) di sesetengah kampus yang sehingga pada hari ini, masih berteka-teki dengan tarikh PRK. 

Menurut Naib Presiden 1, Eikhwan Ali, Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) merupakan medan pertempuran yang paling sengit dan menurut kajian ia merupakan kemuncak bagi perjuangan menuntut demokrasi. 

"Barisan Nasional cukup risau sekiranya mereka disingkirkan, mereka tiada upaya untuk bersatu kembali. 'Dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat amat optimis untuk mengambil alih pemerintahan Malaysia," jelasnya. 

Tambahnya lagi kesuburan keharmonian politik dengan kesepakatan bersama dalam beberapa perkara, ruang perbincangan dan penentuan sesuatu keputusan perlu digarap bagi melancarkan agenda keharmonian politik. 

"Salah satu ruang yang ada ialah kesepakatan penentuan tarikh pembubaran parlimen oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, seperti yang diamalkan di United Kingdom antara parti Konservatif dan parti Liberal Demokrat. 

"Dengan adanya kesepakatan ini, dapat mengurangkan ketegangan antara parti politik, dalam masa yang sama dapat memenuhi tuntutan sesebuah parti politik," tambahnya lagi. 

Eikhwan turut memberitahu sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berahsia mengenai tarikh PRU13 akan diadakan, menimbulkan sangsi oleh semua pihak. Ini jelas terbukti, ketika melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur, apabila beliau meminta semua pihak memahami kenapa beliau terpaksa merahsiakan tarikh PRU13. 

Pihak Gamis mendesak supaya parti-parti lain diberi ruang dalam menentukan tarikh pembubaran parlimen bagi menjamin keharmonian politik dan juga mengelakkan sebarang bentuk manipulasi.

Sumber: 


0 comments:

Post a Comment