Sunday 17 June 2012

Tahniah Dr Muhammad Mursi dan FJP


Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) mengucapkan tahniah kepada Freedom and Justice Party (FJP) atas kejayaan dalam pemilihan presiden Mesir. 

Dr Muhammad Mursi yang mewakili FJP memperolehi 13,237,000 undi atau nisbah 52% berbanding, Ahmed Syafiq yang memperolehi 12,338,973 dengan nisbah 48% daripada jumlah undi keseluruhan 25,575,973.

Gamis memberi perhatian yang serius sepanjang pilihanraya di Mesir kerana yakin dengan perubahan yang bakal berlaku kepada bumi yang kaya dengan peradaban itu. 

Justeru, Gamis berharap dengan kemenangan ini, Mesir menjadi contoh sebuah negara pasca-revolusi yang lebih baik dan mempunyai ciri-ciri ‘baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur’. Serta mampu menjadi ikutan buat negara-negara lain yang telah berlaku revolusi.

Sepanjang pemerhatian terhadap Dr Muhammad Mursi, Gamis optimis dan yakin dengan keupayaan Dr Muhammad Mursi dan FJP untuk menjadikan Mesir sebagai Good Governance dalam kerangka Islam. Secara tidak langsung memberi satu keyakinan buat rakyat mesir yang besama-sama dalam revolusi Mesir sebelum ini.


"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat" (Surah An-Nisa', 58)



Akram Ikrami Taib Azamudden
Presiden Gamis





0 comments:

Post a Comment