Muhamad Azan Safar |
Sepang, 4 Nov:
Muktamar Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia 2012 (Gamis) yang telah selesai
semalam menjadikan PRU-13 sebagai agenda khas Gamis sesi ini.
Muktamar yang dihadiri hampir 200 orang
perwakilan dari seluruh negara itu merupakan transisi kepimpinan Gamis era
Akram Ikrami taib Azamudden kepada Presiden baru, Muhamad Azan Safar.
Menurut
beliau, PRU-13 dan Pasca PRU-13 menjadi agenda khas Gamis bagi sesi ini kerana
mahasiswa perlu memimpin massa untuk melakukan perubahan.
“Cabaran
buat mahasiswa ialah memimpin massa dalam menghadapi perubahan, dan PRU-13
merupakan salah satu medan untuk perubahan”
“Sekiranya
ahli Gamis mahukan Gamis berwajah baru, maka ahli Gamis juga mesti berubah
menjadi baru, baik dari segi pemikiran dan juga sahsiah” tegas Muhamad Azan Safar.
Beliau
yang merupakan Presiden Ikatan Studi Islam UKM (Isiukm) turut mencabar ahli
Gamis, “Saya mencabar kalian supaya berani mencabar kelaziman. Kita bukan ahli
gerakan yang pengikut setia tradisi generasi dahulu!”.
Ini
sejajar dengan tema ucapan dasar beliau iaitu “Mahasiswa Memimpin Perubahan”.
Ucapan dasar tersebut merangkumi 5 paksi utama iaitu, 1-Tabiyah Gerakan
Bersifat Membina 2- Dakwah Era Baru Gamis 3- Jaringan Strategik Gamis 4- Sigma
Perintis keterampilan Wanita Malaysia 5- Kepimpinan dan Budaya Kerja
Profesional.
Yang
menariknya, pihak Gamis memberi penghormatan kepada front mahasiswa lain
iaitu Haluan-Siswa,Pkpim dan Karisma sebagai tetamu
jemputan muktamar.
Berikut Merupakan Organisasi Terkini GAMIS sesi 2012/2013
Presiden
: Muhamad Azan Safar (UKM)
Timbalan
Presiden : Mohd Eikhwan Bin M.Ali (UIA)
Pengerusi SIGMA : Aqilah Mukhtar
(UPM)
Timbalan Pengerusi SIGMA : Nur
Adiela Kamarizzaman (UIA)
Naib
Presiden (Strategik & Mobilasi Massa) : Syis Abd Kadir (UM)
Naib
Presiden (Jaringan Kampus) : Mohd Faiz Ismail (UPSI)
Setiausaha
: M.Farid Hadhari M.Rusdi (USIM)
Timbalan
setiausaha 1 : Adilah Hafizah Abd Halim (UPSI)
Timbalan
setiausaha 2 : Hamiza Hani Omar (UKM)
Bendahari
: M.Nazrin Bin M.Zohir (KUIS)
Timbalan
Bendahari : Nur Liyana Omar (UKM)
Ketua
Penerangan : Mohd Khairul Izzaz B. Ismail (UIA)
Timbalan
Penerangan : Siti Rabiatul Adawiyah (UM)
Majlis
Politik Nasional : Ahmad Afif Zulkipli (UKM)
Timbalan
Majlis Politik Nasional : Sofwatul Aufa Bakri (UM)
Majlis
Dakwah dan Kebajikan : Mohd Syakirin Bin Md Zahar (UPM)
Timbalan
Majlis Dakwah dan Kebajikan : Atikah Abd.Rahman (UIA)
Majlis Tarbiyah dan Kepimpinan Nasional : Muhd
Afdzal Shahabuddin (USIM)
Timbalan Majlis Tarbiyah dan
kepimpinan Nasional : Siti Fatimah Rosli (UM)
Tahniah dan Ta'ziah kepada seluruh kepimpinan baru GAMIS sesi 2012/13. Moga dapat menggerakkan gerakan Islam ini dengan lebih terkehadapan.
ReplyDelete