Friday 13 April 2012

PTPTN: Gamis Selar Kenyataan Razali


KOTA BHARU, 12 April, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) menyelar tuduhan tak berasas Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim yang menuduh perhimpunan mansuhkan PTPTN pada 14 April nanti bukan untuk membantah pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebaliknya, perhimpunan itu dirancang pembangkang untuk mengapi-apikan kemarahan mahasiswa menjelang perhimpunan BERSIH 3.0.

Gamis melalui Naib Presiden 1, Eikhwan Ali telah memberi saranan kepada Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional supaya mengadakan perbincangan khusus bagaimana untuk menyelesaikan isu PTPTN.



Dalam pada itu, Presiden Gamis, Akram Ikrami Taib Azamudden, Gamis bersedia menjadi penganjur sidang meja bulat antara mahasiswa, ahli akademik, NGO, Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bagi membincangkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu PTPTN dan juga pendidikan percuma bagi rakyat.

"Kenyataan Naib Ketua Pemuda UMNO menunjukkan beliau seolah-olah tidak mengikuti langsung isu tuntutan terhadap PTPTN sebelum ini. Mahasiswa telah menggunakan pelbagai cara untuk menyuarakan pandangan berkaitan isu PTPTN tetapi kerajaan tidak mengendahkan.

"Tuduhan tersebut juga membuktikan bahawa UMNO sudah kekeringan idea dalam urusan pentadbiran. Sewajarnya tindakan proaktif diambil oleh kerajaan untuk meningkat sokongan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan, bukanya menuduh dan menidakkan hak mahasiswa," jelasnya melalui kenyataan media.

Tambah beliau, sepatutnya kerajaan mengambil peluang baik ini dengan menjadikan isu PTPTN sebagai ‘pencuci’ imej kerajaan yang banyak tercalar sebelum ini.

"Tuntutan berkaitan isu PTPTN juga sejajar dengan Deklarasi Inspirasi Anak Muda Malaysia (Inspirasi) yang dilancarkan oleh Gamis bersama 13 front mahasiswa seluruh negara," katanya lagi.

Inspirasi membawa 6 gagasan iaitu rejuvinasi sistem pendidikan, keadilan undang-undang, ekonomi untuk rakyat, jaminan kerjaya, politik berintegriti dan keharmonian sosial. Gagasan ini dibawa bagi memastikan masa depan Malaysia terus cemerlang.


0 comments:

Post a Comment