Wednesday 8 August 2012

Himpunan Keamanan Umat Islam Rohingya 10 Ogos 2012


Hati umat Islam kembali luka, selepas isu kekejaman terhadap rakyat Syria, kini masyarakat Islam Rohingya menjadi mangsa kekejaman. Bukan sekadar harta benda dimusnahkan, malah mereka dibunuh dengan begitu kejam. Peristiwa tersebut menggambarkan proses 'pembersihan' etnik yang sangat dahsyat berlaku ke atas saudara kita Rohingya.

Justeru, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia Islam (Gamis) mengambil langkah proakif dan responsif terhadap isu ini dengan menganjurkan Himpunan Keamanan Umat Islam Rohingya pada 10 Ogos 2012 (Jumaat) bertempat di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur bermula jam 8.30malam.

Objektif himpunan tersebut adalah untuk menimbulkan kesedaran kepada semua masyarakat terhadap kezaliman yang dilakukan terhadap masyarakat Islam Rohingya. Yang lebih penting memperkukuhkan solidariti dari pelbagai pihak sama ada akademik, politik, aktivis dan sebagainya

Himpunan ini akan menampilkan wakil dari kesatuan masyarakat Islam Rohingya, Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid Setiausaha Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Prof. Madya Dr.Kamaruzzaman Yusoff Felo Kanan Institut Kajian Rantau Asia Barat (Ikrab), YB Nurul Izzah binti Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai, wakil dari UMNO, wakil mahasiswa dan ramai lagi.

GAMIS menyeru semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama dalam himpunan ini, dan perlu dijelaskan bahawa isu Rohingya bukan sekadar isu umat Islam tapi melibatkan sensitiviti semua masyarakat atas nilai menuntut keadilan dan membasmi kezaliman

GAMIS, Inspirasi Anak Muda!

Akram Ikrami Taib Azamudden
Presiden Gamis

P/s: Pihak Gamis memohon semua pihak untuk membuat sebaran meluas berkenaan dengan program ini dan kami menjemput semua hadir bagi menyatakan sokongan dan kebersamaan dalam isu ini. sekian terima kasih

0 comments:

Post a Comment