Sunday 26 August 2012

Merdeka: Sikap Responsif Malaysia


Hari ulang tahun kemerdekaan ke-55 Malaysia sudah hampir tiba. Kemanakah arah tuju Malaysia selepas ini. Kalau dilihat senario sekarang, layakkah Malaysia bergelar negara merdeka? Mari kita sama-sama fahami erti merdeka yang sebenar.Merdeka sebenarnya bermaksud bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan lain.Ia juga bermaksud tidak bergantung pd yg lain dan berdiri sendiri.

Melihat kepada maksud bebas daripada penjajahan, ramai yang beranggapan Malaysia sudah menjadi negara merdeka kerana telah bebas daripada jajahan kuasa-kuasa asing seperti Portugis, Jepun, British dan sebagainya. Tetapi, sedarkah mereka bahawa Malaysia masih lagi dijajah, masih lagi berada ditakuk lama. Merdeka yang sebenarnya bermaksud bebas dari jajahan politik, ekonomi dan yang paling penting adalah bebas daripada jajahan pemikiran kuasa-kuasa luar.

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan, tahap pemikiran kebanyakan rakyat Malaysia dikatakan masih berada di kelas ketiga. Ini adalah kerana majoriti mereka masih takut untuk membuat perubahan kerana bimbang menjadi buah mulut orang malah apabila ada yang membuat perubahan yang baik, mulalah berkata itu ini. Tetapi apabila ada yang membuat perubahan kearah yang tidak baik, tidak ada yang menegur. Ada saja yang tidak memuaskan hati mereka. Selain itu, tidak ramai yang berani menyuarakan pendapat kerana risaukan periuk nasi sendiri.Ideologi yang dibawa oleh negara barat tidak kurang hebatnya menular dalam pemikiran rakyat negara kita. Disebabkan terlampau taksub dengan idea tersebut, ramai yang sanggup mengabaikan syariat agama malahan memesongkannya.

Apabila menyentuh pasal isu agama, teringat pula pada isu kekejaman umat Islam di luar negara terutamanya Rohingya,Syria dan Palestin. Kita di sini bersenang-lenang dengan kemewahan dan keamanan yang sedia ada. Patutkah kita bersukaria menyambut ulang tahun kemerdekaan, sedangkan saudara-saudara kita di sana hidup mati berusaha mendapatkan hak yang sepatutnya mereka peroleh seperti kita. Kita sebagai saudara seIslam, apa yang telah kita lakukan dalam membantu mereka mencapai kemerdekaan. Adakah hanya dengan melihat sahaja atau sekadar bersimpati dari lubuk hati. Itu yang dikatakan rakyat Malaysia tidak berani membuat perubahan. Asyik mengharapkan insan lain bagi melaksanakannya. 

Sekiranya semua rakyat Malaysia berfikiran sebegitu, maka tidak akan ada yang membantu negara- negara yang masih belum merdeka. Ini jugalah yang dikatakan takut untuk menyuarakan pendapat kerana takut kesenangan yang dikecapi sekarang hilang bersama yang pendapat yang disuarakan. Simpati sahaja tidak dapat membantu mereka tanpa tindakan yang sewajarnya. 

Sebagai seorang mahasiswa, kita tidak boleh memandang enteng tentang perkara sebegini. Kita seharusnya bekerjasama dalam menyedarkan rakyat Malaysia dalam memperbetulkan apa yang masih tidak betul, contohnya menjadi rakyat yang berani bersuara, pembersih, respon terhadap isu dalam dan luar negara, berani melakukan perubahan kearah yang lebih baik dan juga bebas dari jajahan ideologi barat. 

0 comments:

Post a Comment